Anak Perempuan Tan Sri Jadi Imam Solat Campur Lelaki Wanita

Offline
06-20-2017, 06:37 AM,
#1
resim
resim
AKTIVIS Elham Manea (depan kanan) membuat latihan mengimamkan solat Jumaat pertama di Masjid Ibnu Rushd-Goethe di Berlin, Jumaat lalu. Turut kelihatan Zuraini (barisan kedua kiri).

resim

KUALA LUMPUR – Anak perempuan kepada seorang Tan Sri dari Malaysia mengejutkan dunia apabila menjadi salah seorang imam kepada jemaah lelaki dan wanita ketika bersolat di sebuah masjid liberal yang baru dibuka di Berlin, Jerman minggu lalu.

Perbuatan Ani Zonneveld atau Zuraini Tan Sri Abdul Khalid di Masjid Ibnu Rushd-Goethe itu mendapat kecaman pelbagai pihak.

Selain dipimpin imam wanita, jemaah turut menunaikan sembahyang secara bersebelahan antara lelaki dan perempuan tanpa perlu menutup aurat.

Malah, sewaktu solat Jumaat pada 16 Jun lalu, Zuraini turut menjadi bilal apabila melaungkan azan di masjid tersebut.

Zuraini yang merupakan anak kepada bekas Ahli Parlimen Kota Star Utara (1958-1964) pernah popular sebagai penerbit dan komposer lagu di Malaysia melibatkan beberapa artis antaranya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Ziana Zain dan Liza Hanim.

Abdul Khalid Awang Osman yang meninggal dunia pada tahun 1986 juga pernah menjadi Menteri Muda Kementerian Luar Bandar.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan tidak sah solat seseorang individu yang berimamkan seorang wanita.

“Syarat sah solat berjemaah perlu diimamkan oleh lelaki dan tidak sah jika diimamkan oleh wanita.

“Wanita hanya boleh menjadi imam kepada jemaah wanita.

“Solat juga tidak sah sekiranya saf diselang-selikan dengan wanita. Umum sedia maklum bahawa perbuatan itu bertentangan dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. - Kosmo

Possibly Related Threads...
Lelaki Kristian Disebat 36 Kali Kerana Jual Arak Di Aceh
Ibu Kenakan Sewa Rumah Pada Anak Baru Usia 5 Tahun
Video Parodi Lelaki Berpakaian Wanita Tak Bermanfaat, Rosakkan Pemikiran
Jangan Risau, Kami Jaga Motosikal Jemaah Solat Jumaat
Di China, Ibu Heret Anak Degil Belakang Skuter
Norhana, Juruterbang Helikopter Wanita Pertama Negara
Wanita Didakwa Miliki Perodua Kelisa Yang Tidak Wujud Dalam Sistem Jpj
Penyelia Jd Sports Pavilion Dipecat Halang Pekerja Solat
Lelaki Gilakan Bas Mainan, Jadi Pengumpul Terbanyak Di Dunia
Lelaki Nafi Ceraikan Isteri Lepas Lumpuh Seperti Didakwa



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 146
Anak Perempuan Tan Sri Jadi Imam Solat Campur Lelaki Wanita
sukawg
110974
Forum Jump: