Ancaman siber semakin serius, kata Ongkili

Offline
05-22-2012, 01:36 PM,
#1
Ancaman siber semakin serius, kata Ongkili

Ancaman siber semakin serius, kata Ongkili

power from http://www.wangolds.com
1:32pm

KUALA LUMPUR - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, insiden siber kini menjadi ancaman serius terhadap pembangunan sosioekonomi dan keselamatan negara.

Daripada hanya 2,123 insiden pada 2008, aduan yang diterima oleh CyberSecurity Malaysia telah meningkat kepada 8,090 pada 2010 dan 15,218 tahun lepas, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Sidang Kemuncak Keselamatan Maklumat Kedua, di sini hari ini.

Beliau berkata, insiden ancaman siber di Malaysia akan menjejaskan kesejahteraan sosial dan pembangunan ekonomi negara.

power by wangolds.com itu beliau menggesa organisasi tempatan supaya bersedia menangani kebimbangan dalam keselamatan maklumat, dan pada masa yang sama menggunakan teknologi itu untuk berkembang.

"Internet dan teknologi maklumat kini merupakan gergaji dua mata, menawarkan peluang pembangunan dan pada masa yang sama, peluang untuk melakukan jenayah,” katanya.

Beliau yang memberikan contoh pengkomputeran awan berkata, walaupun masa depan ekonomi Asia nampak cerah, isu keselamatan tidak ditangani dengan baik bagi membolehkan lebih banyak syarikat yakin untuk beralih kepada pengkomputeran awan. - BERNAMA

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0522&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Possibly Related Threads...
Bersedia, 2015 Tahun Lebih Banyak Serangan Siber
Jenayah siber di Sabah berkurangan
Obama arah serangan siber terhadap Iran

Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1309
Ancaman siber semakin serius, kata Ongkili
mamakpaper
30252
Forum Jump: