Aneh Hujan Hanya Turun Pada Sebuah Rumah Saja Di Jakarta

Offline
08-29-2017, 03:53 PM,
#1




resim
resim
resim
resim

JAKARTA: Kejadian hujan turun hanya pada sebuah rumah berlaku Sabtu lepas dan satu fenomena alam jarang berlaku di dunia.

Media atas talian hari ini memetik Ketua Pusat Informasi Meteorologi Publik Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG) Mulyono Prabowo berkata, fenomena alam itu sememangnya susah berlaku.

Fenomena yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Tebet Barat Dalam 1, Jakarta Selatan itu sesuatu yang agak ganjil kerana hujan kira-kira 6 jam hanya turun pada sebuah rumah berukuran 5×5 meter.

Rakaman video kejadian tersebut tular di media sosial di Indonesia kerana kejadian berlaku ketika cuaca di kawasan tersebut panas dan kering malah rumah di sekelilingnya tidak ditimpa walau setitik hujan pun.

Mulyono berkata, ketinggian awan pada musim kemarau menjadikan hujan seperti di Tebet itu sangat sukar berlaku dan hasil kajian pihaknya mendapati ketinggian awan ketika itu sekitar 700 meter hingga 1 kilometer.

Hujan ‘eksklusif’ itu menarik perhatian penduduk kawasan berkenaan sehingga ada yang bermandi air hujan itu dan menadah dengan bekas untuk menyimpannya.

Pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Muzakir berkata, ketika kejadian berlaku semasa dia bermain catur dengan seorang jiran pada 6.30 petang.

Mereka pada mulanya menyangka hujan turun di seluruh kawasan itu.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila terlihat kanak-kanak bermain hujan dan menjerit kegembiraan kerana hujan hanya berlaku di rumahnya.

Setelah melihat sekeliling, dia mendapati sememangnya hujan hanya turun di rumahnya dan berterusan hingga tengah malam.

Muzakir berkata, beliau bagaimanapun tidak membuat sebarang tafsiran mengenai fenomena itu dan membiarkan semua penduduk di situ datang menyaksikan dan merakam kejadian aneh tersebut. - FMT

Possibly Related Threads...
Di Jepun, Syarikat Cipta Dron Untuk Paksa Pekerja Balik Rumah
Ikan Aneh Dari Planet Asing?
Rumah 'berhantu' Ditawarkan Secara Percuma
Kemalangan Sebuah Suv Murano Yang Hilang Kawalan Dan Terbabas. Pemandu Meninggal.
Kemalangan Melibatkan Sebuah Kereta Dan Motorsikal Yang Berlaku Di Perlis.
Bawak Motor Laju Sangat Sampai Hilang Kawalan Dan Rempuh Pagar Rumah Orang.
Kemalangan Melibatkan Sebuah Motorsikal Di #klang #simpanglima Bulatan Flyover.
Segelintir (bukan Semua) Sikap Pemandu Bas Yang Hanya Mementingkan Diri Tanpa Memikir
Video Cara Bom Ikan Terus Melompat Masuk Bot Tahan Saja
Sebuah Zoo Menawarkan Urutan Badan Secara Percuma Kepada Pengunjungnya.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 171
Aneh Hujan Hanya Turun Pada Sebuah Rumah Saja Di Jakarta
sukawg
112257
Forum Jump: