Anggota Polis Terlibat Kes Penculikan Terancang Berprofil Tinggi

Offline
10-02-2015, 08:16 AM,
#1
resim

KUALA LUMPUR, 1 Oktober: Mereka mengangkat sumpah untuk mempertahankan undang-undang dan berkhidmat kepada negara, namun ada di kalangan anggota polis yang menjadi pengkhianat, dengan terlibat dalam kegiatan penculikan.

Polis kini mengambil tindakan tegas, selepas kejadian penculikan melibatkan anggota polis terbongkar dan melayan mereka sama seperti penjenayah lain.

The Rakyat Post difahamkan, lebih 10 individu, termasuk beberapa anggota polis ditahan sepasukan petugas polis.

Mereka termasuk seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan dua konstabel yang ditahan untuk membantu siasatan.

Susulan penahanan itu, polis percaya mereka telah membongkar aktiviti sebuah kumpulan yang khusus dalam penculikan ahli perniagaan dan operasi memburu saki-baki kumpulan itu masih diteruskan di seluruh negara.

Namun, nasib dan lokasi mangsa disembunyikan masih menjadi tanda tanya.

Kes kehilangan dan pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais pada bulan lalu, telah menyebabkan penyiasat membuka semula beberapa kes penculikan yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketika Morais hilang, anggota keluarga seorang ahli perniagaan, K. Gobalaguru yang diculik pada Mac 2013 turut menyuarakan kebimbangan mereka.

Dalam kejadian itu, Gobalaguru yang memiliki beberapa kelab malam di sekitar Lembah Klang, dikatakan dimasukkan ke sebuah kereta jenis BMW, di luar sebuah hotel, di Jalan Maharajalela.

Sehingga kini, kehilangan beliau masih menjadi tanda tanya dan tiada tuntutan wang tebusan dibuat.

Menerusi siasatan, polis mengenal pasti corak luar biasa pada setiap kes penculikan dan saksi-saksi mendakwa, penculik melakukan jenayah itu dengan mudah dan terancang.

Ada yang mendakwa penculik terbabit berkelakuan seperti anggota polis.

Sepanjang tiga minggu pada Ogos dan September lalu, polis mendapati wujud persamaan dalam tiga kes penculikan, termasuk kes Morais.

Dua lagi kes itu membabitkan penculikan dua ahli perniagaan di Seri Gombak, Selangor dan di luar sebuah bank di Ampang.

Sebelum itu, dua lagi kes turut dilaporkan berlaku di Kepong dan Sungai Buloh, di mana kereta mangsa ditemui ditinggalkan di tepi jalan.

Walaupun nasib semua mangsa masih belum diketahui, namun pasukan petugas polis itu turut menyiasat kaitan dunia penjenayahan di seluruh negara. - TRP

Possibly Related Threads...
Polis Bukit Aman Ditembak: Dibunuh Pembunuh Upahan
Polis Bukit Aman Ditembak: 2 Suspek Direman 7 Hari
Polis Bukit Aman Ditembak: Suspek Kedua Ditahan
Polis Bukit Aman Ditembak: Suspek Bunuh Sudah Ditahan
Polis Bukit Aman Ditembak: Isteri Juga Anggota Pdrm
Tembak Polis Bukit Aman: Saksi Direman Seminggu, 2 Lelaki Diburu
Anggota Polis Bukit Aman Yang Ditembak Dijadual Bersara
Terkini: Anggota Polis Bukit Aman Maut Ditembak
Polis Buru Bapa Buat Aksi Gantung Anak Atas Bangunan
Penagih Dadah Ditahan Ketika Temuduga Mahu Jadi Konstabel Polis Di Sibu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 517
Anggota Polis Terlibat Kes Penculikan Terancang Berprofil Tinggi
sukawg
98658
Forum Jump: