Aplikasi Pusat Beli-belah Dalam Talian 11street Untuk Ios, Android

Offline
06-15-2015, 11:37 AM,
#1
resim

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah dalam talian terbaru di Malaysia, http://www.11tsreet.my (11street) melancarkan aplikasi mudah alih bagi telefon pintar iOS dan Android. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 11street , Hoseok Kim, berkata aplikasi itu adalah komitmen terbaru syarikat untuk menyampaikan satu pengalaman beli-belah dalam talian yang boleh dipercayai dan mudah bagi pengguna di Malaysia. 

Kim berkata, 11street berkembang dengan pesat di Malaysia dan menjadi antara tiga pasaran terbesar dengan lebih daripada 350,000 produk tersenarai dalam aplikasi berkenaan. "

Aplikasi mudah alih 11street yang dioptimumkan ini meningkatkan pengalaman beli-belah dalam talian pengguna berdasarkan pengetahuan dan pengalaman kami dalam perkhidmatan e-dagang di Korea dan pasaran global. 

"Apa yang membezakan aplikasi mudah alih 11street adalah kandungan secara meluas yang membolehkan pengguna mengakses produk jualan dan perkhidmatan yang lebih mudah, terutama ke seksyen 'Tawaran Shocking' dengan jaminan harga terendah," katanya. 

Katanya, dengan aplikasi yang lebih tersusun dan intuitif, pengguna boleh melayari dan mengetahui apa yang mereka suka di 11street dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana saja. 

Justeru itu, Kim berkata, 11street akan terus meningkatkan perkhidmatan aplikasi mudah alih untuk menawarkan pengguna pengalaman mudah alih yang lebih bagus. 

Kini, lebih daripada 50 peratus trafik untuk 11street dihasilkan pada peranti mudah alih. 

"Malaysia menerajui dalam penggunaan telefon pintar dan ia adalah antara lima negara di dunia yang menggunakan telefon pintar mereka lebih daripada komputer sebagai peranti utama untuk mengakses internet. 

"Ia juga menunjukkan isyarat jelas bahawa beli-belah dalam talian dalam kalangan pengguna telefon pintar semakin meningkat, terutama pengguna Gen-Y di Malaysia," katanya. 

Aplikasi mudah alih 11street itu kini boleh didapati dengan memuat turun secara percuma di Apple Store dan Google Store. 

Laman web berasaskan HTML juga dioptimumkan dengan fungsi mudah alih untuk menyokong pelayaran dalam kalangan pengguna BlackBerry dan peranti berasaskan Windows.

Possibly Related Threads...
Peniaga Atas Talian Wajib Daftar Ssm
Rakyat Malaysia Pilih Komputer Untuk Tonton Video
sinarJangan mudah percaya berita yang disiar dalam internet
Najib lancar pusat latihan ICT global luar China
Pusat beli belah online Rakuten di Malaysia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 853
Aplikasi Pusat Beli-belah Dalam Talian 11street Untuk Ios, Android
sukawg
96335
Forum Jump: