Apple Bakal Lancar 3 Model Iphone 8 Pada 2017

Offline
11-18-2016, 07:23 AM,
#1
resim
Apple dipercayai akan melupuskan bezel iaitu rangka tetingkap bagi menjadikan ukuran telefon pintar baharu sama dengan saiz iPhone terkini.

NEW YORK 17 Nov. – Apple Inc. bakal melancarkan tiga model iPhone 8 dengan paparan bersaiz 4.7 dan 5.5 inci pada tahun depan.

Penganalisis KGI Securities, Ming-Chi Kuo berkata, pengguna bakal melihat iPhone 4.7 inci dengan paparan cecair kristal (LCD) dan varian 5.5 inci dengan skrin LCD berserta dwi kamera.

Katanya, satu lagi versi ialah dengan skrin diod lampu organik (OLED) ditambah konfigurasi dwi kamera tetapi tidak dinyatakan saiznya.

“Apple telah meng-
gunakan skrin OLED pada produk MacBook Pro Touch Bar baharu dan ini bermakna ia bukan satu perkara mengejutkan untuk melihat teknologi itu dipasang pada iPhone pada masa depan.

“Selain itu, telefon pintar lain di pasaran buat masa kini seperti Samsung Galaxy S7 dan Pixel Google sudah menggunakan skrin OLED,” katanya menerusi laporan Tech Times di sini.

Walau bagaimanapun, di sebalik semua spekulasi ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak Apple sendiri.

Baru-baru ini, Firma Penyelidikan, Barclays Research menyatakan Apple mungkin memperkenalkan iPhone 5.8 inci dengan paparan OLED melengkung pada tahun depan.

Unjuran itu seterusnya menguatkan spekulasi Kuo terhadap pelancaran beberapa varian dan gambaran kepada pelbagai saiz telefon pintar berkenaan.

Kuo berkata, Apple dipercayai akan melupuskan ‘bezel’ iaitu rangka tetingkap bagi menjadikan ukuran telefon pintar baharu sama dengan saiz iPhone terkini.

“Apple juga dijangka melancarkan iPhone 5.8 inci skrin OLED dengan rangka telefon diperbuat daripada kaca pada 2017,” jelasnya. – AGENSI/Utusan

Possibly Related Threads...
Apple Disaman Kerana Perlahankan Iphone
Iphone X Masuk Malaysia 24 November, Serendah Rm5,149 Sahaja
Samsung Galaxy S8 Kalahkan Iphone 8
Bahaya! Sudah Ada Beberapa Kes Bateri Iphone 8 Plus Menggelembung
Telefon Legend Nokia 3310 Bakal Dikeluarkan Semula
Kamera Iphone Bakal Dilengkapi Ciri Augementasi Realiti (ar)
Huawei Mahu Kalahkan Apple Dalam 2 Tahun Lagi
Iphone 7 Edisi Khas Teringan, Terkuat Di Dunia Berharga Rm71,000
Apple Jangka Jualan Iphone, Untung Menurun
Iphone 7 Meletup Sebabkan Kereta Terbakar Di Australia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 290
Apple Bakal Lancar 3 Model Iphone 8 Pada 2017
sukawg
105888
Forum Jump: