Apple Disaman Kerana Perlahankan Iphone

Offline
12-27-2017, 01:28 PM,
#1
resim

AMERIKA SYARIKAT - Apple Inc menghadapi lapan saman mendakwa syarikat itu menipu pengguna iPhone dengan memperlahankan prestasi peranti lama tanpa amaran bagi mengatasi masalah bateri lemah.

Tuntutan mahkamah itu dikemukakan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di California, New York dan Illinois.

Ia turut membuat tuntutan berkumpulan bagi mewakili kemungkinan berjuta-juta pemilik iPhone di seluruh Amerika Syarikat.

Menurut satu daripada tuntutan yang dikemukakan di San Francisco, Khamis lalu, kecacatan pada peranti adalah akibat ketidakupayaan bateri bagi mengendalikan kelajuan pemprosesan tanpa kemaskini terbabit.

"Namun, daripada menyelesaikan masalah bateri dengan menggantikan bateri secara percuma bagi semua peranti yang terjejas, Apple sebaliknya menyembunyikan kecacatan bateri itu," katanya.

Akibat itu, pengguna mungkin menyalahkan pemproses komputer lama apabila aplikasi tidak berfungsi atau prestasi menjadi perlahan dan memilih untuk mengganti telefon pintar itu apabila penyebab sebenar hanya bateri lemah yang boleh diganti dengan harga lebih rendah.

Tindakan undang-undang ini menuntut ganti rugi yang tidak dikemukakan. Beberapa aduan turut menuntut perintah mahkamah bagi menghalang Apple daripada menyekat kelajuan iPhone atau memberitahu pengguna pada masa akan datang.

Minggu lalu, Apple mengaku kemaskini sistem operasi sejak tahun lalu bagi iPhone 6, iPhone 6s, iPhone SE dan iPhone 7 mempunyai ciri bagi mengatasi masalah bateri lama atau kurang berkuasa.

Peranti tanpa ciri ini akan ditutup serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga yang direka untuk mengelakkan komponen daripada terbakar. - Metro


====

Apple mengaku perlahankan iPhone lama

resim

PEMILIK telefon pintar iPhone versi lama lama menuduh Apple memperlahankan telefon mereka, dan Apple mengaku melakukannya dalam satu kenyataan, semalam.


Kata Apple, mereka menggunakan sistem naik taraf perisian untuk menghadkan prestasi iPhone versi lama yang ada masalah bateri.

Apple menegaskan, mereka melakukannya disebabkan kualiti bateri lithium-ion yang semakin berkurangkan, sekaligus menyebabkan iPhone versi lama terpadam dengan sendirinya.

Penganalisis teknologi dan pelanggan sebelum ini menuduh Apple melakukan perkara sedemikian untuk memaksa pemilik iPhone versi lama membeli iPhone versi baharu.

"Sasaran kami adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, dan prestasi keseluruhan dan umur panjang telefon termasuk dalam sasaran tersebut," kata kenyataan dari Apple.

Pendedahan tersebut nyata tidak menjernihkan keadaan, malah membuatkan lebih ramai pemilik iPhone versi lama mengamuk dan mengugut untuk bertukar kepada pesaing Apple iaitu Samsung. - Sinar

Possibly Related Threads...
Iphone X Masuk Malaysia 24 November, Serendah Rm5,149 Sahaja
Samsung Galaxy S8 Kalahkan Iphone 8
Bahaya! Sudah Ada Beberapa Kes Bateri Iphone 8 Plus Menggelembung
Kamera Iphone Bakal Dilengkapi Ciri Augementasi Realiti (ar)
Apple Bakal Lancar 3 Model Iphone 8 Pada 2017
Huawei Mahu Kalahkan Apple Dalam 2 Tahun Lagi
Iphone 7 Edisi Khas Teringan, Terkuat Di Dunia Berharga Rm71,000
Apple Jangka Jualan Iphone, Untung Menurun
Iphone 7 Meletup Sebabkan Kereta Terbakar Di Australia
Iphone 7 Di Malaysia Dianggar Berharga Rm3,199 Hingga Rm4,799



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 20
Apple Disaman Kerana Perlahankan Iphone
sukawg
114732
Forum Jump: