Apple Jangka Jualan Iphone, Untung Menurun

Offline
10-27-2016, 07:06 AM,
#1


resim
 
CALIFORNIA 26 Okt. – Apple Inc. mencatatkan penurunan jualan bagi produk iPhone bagi suku ketiga berturut-turut dan menjangkakan margin keuntungan yang kurang daripada jangkaan bagi musim cuti hujung tahun ini.



Menurut Apple, syarikat itu kini menyaksikan peningkatan jualan dari China biarpun perolehan dari negara tersebut susut hampir 30 peratus pada suku sebelumnya.

Syarikat itu berjaya menjual sebanyak 45.51 juta iPhone dalam tempoh tiga bulan ber­akhir 24 September lalu, lebih tinggi daripada unjuran penganalisis iaitu sebanyak 44.8 juta.

Perolehan bagaimanapun susut sembilan peratus kepada AS$46.85 bilion (RM194.7 bi­lion), lebih rendah daripada jangkaan Wall Street.

“Syarikat mengunjurkan perolehan sebanyak AS$76 bi­lion (RM315.750 bilion) hingga AS$78 bilion (RM324.06 bilion) bagi suku semasa menjelang musim cuti hujung tahun ini.

“Jika kami berjaya mencapai sasaran, ia bakal menjadi rekod tertinggi jualan, lebih tinggi daripada perolehan yang dica­tatkan tahun lalu,” jelas syarikat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Penganalisis Pelaburan Kanan Gradient Investments, Mariann Montagne berkata, Apple ditawarkan margin keuntungan antara 38 hingga 38.5 peratus berban­ding jangkaan 39 peratus sebelum ini.

“Permintaan bagi model iPhone 7 Plus amat memberangsangkan melebihi jangkaan ketika model tersebut dilancarkan,” katanya.

Saham Apple telah mengatasi prestasi pasaran dalam tempoh tiga bulan lepas dan penganalisis Edward Jones, Bill Kreher berkata, saham syarikat tersebut mencecah paras terendah 12 bulan pada kadar AS$89.47 (RM371.52) pada bulan Mei namun meningkat semula sejak keyakinan pelabur kembali meningkat. – AGENSI/Utusan

Possibly Related Threads...
Apple Disaman Kerana Perlahankan Iphone
Iphone X Masuk Malaysia 24 November, Serendah Rm5,149 Sahaja
Samsung Galaxy S8 Kalahkan Iphone 8
Bahaya! Sudah Ada Beberapa Kes Bateri Iphone 8 Plus Menggelembung
Kamera Iphone Bakal Dilengkapi Ciri Augementasi Realiti (ar)
Apple Bakal Lancar 3 Model Iphone 8 Pada 2017
Huawei Mahu Kalahkan Apple Dalam 2 Tahun Lagi
Iphone 7 Edisi Khas Teringan, Terkuat Di Dunia Berharga Rm71,000
Iphone 7 Meletup Sebabkan Kereta Terbakar Di Australia
Iphone 7 Di Malaysia Dianggar Berharga Rm3,199 Hingga Rm4,799



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 290
Apple Jangka Jualan Iphone, Untung Menurun
sukawg
105416
Forum Jump: