As Mengaku Latih Penentang Kerajaan Syria Bergaji As$250 Ke As$400 Sebulan

Offline
06-24-2015, 01:55 AM,
#1
WASHINGTON 23 Jun – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengakui membayar upah antara AS$250 (RM931) dan AS$400 (RM1,489) seorang setiap sebulan kepada anggota kumpulan penentang kerajaan Syria untuk membantu memerangi Kumpulan Militan Negara Islam (IS).

Jurucakap Pentagon, Komander Elissa Smith berkata, latihan kumpulan pertama melibatkan kira-kira 90 anggota penentang telah bermula pada bulan lalu dan bayaran berkenaan dibuat bergantung kepada kemahiran, prestasi dan kedudukan kepimpinan setiap anggota kumpulan berkenaan.

Smith berkata, proses merekrut kumpulan penentang itu dijangka memakan masa beberapa bulan dan Pentagon menjangkakan kira-kira 3,000 anggota penentang akan dilatih pada hujung tahun ini.

“Objektif utama Pentagon adalah untuk melatih 5,400 orang dalam tempoh 12 bulan bermula bulan lalu.

resim
anggota penentang kerajaan Syria dari Batalion Pertama Tentera Bebas Syria menjalani latihan menembak di bandar Aleppo di utara Syria pada 10 Jun lalu. AFP

“Bagi faktor keselamatan, Pentagon tidak akan mengumumkan bila kumpulan penentang kerajaan Syria yang dilatih tentera AS itu akan memasuki semula negara itu untuk memerangi kumpulan militan IS,” kata Smith tanpa mendedahkan jumlah sebenar penentang yang telah menerima latihan.

Beliau juga tidak mendedahkan jumlah anggota kumpulan penentang yang menerima bayaran daripada kerajaan AS setakat ini bagi menentang ancaman militan IS di Syria.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan AS, Steve Warren berkata, kira-kira 200 anggota penentang menjalani latihan ketenteraan pada minggu lalu dan seramai 1,500 orang lagi telah selesai menjalani beberapa pemeriksaan yang ditetapkan.

Warren, bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah anggota kumpulan penentang yang dibayar oleh kerajaan AS walaupun laporan menyebut kira-kira 6,000 rakyat Syria secara sukarela mahu menyertai latihan anjuran AS bagi membentuk pasukan tentera yang berfahaman sederhana.

“Usaha melatih kumpulan penentang Syria berjalan perlahan disebabkan kesukaran melakukan saringan ke atas sukarelawan dan membawa mereka keluar dari negara terbabit bagi menjalani latihan,” kata beliau. – REUTERS

Possibly Related Threads...
Syria - Terkini Tentang Nasib Rakyatnya Di Sana.
Malaysia Setuju Terima 3,000 Pelarian Perang Syria, 8 Orang Sudah Tiba Hari Ini
Pelarian Syria Rentas Laut Pindah Ke Greece Tak Lupa Bawa Kucing Bersama
25 Gambar Malam Di Bandar Mosul Syria Di Bawah Jajahan Daulah Islam Wilayah Nainawa
Is Mengaku Lancar Serangan Tepi Pantai Di Bandar Sousse Tunisia 40 Terbunuh
80,000 Pejuang Asing Banjiri Syria Melalui Turki Dan Jordan
14 Gambar Terbaru Kemusnahan Di Aleppo Syria
2 Gadis Austria Jihad Di Syria Didakwa Hamil, Terdesak Mahu Pulang
Video Pengintip Amerika Jatuh Berkecai Rebah Ke Bumi syria oleh Isis
Tahanan Is Warga Us Mengaku Memeluk Islam



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 836
As Mengaku Latih Penentang Kerajaan Syria Bergaji As$250 Ke As$400 Sebulan
NorCun
96537
Forum Jump: