As Sedia Serang Syria Halang Serangan Kimia

Offline
03-14-2018, 11:50 AM,
#1
Pendekatan dua hala Amerika Syarikat untuk bertindak ke atas Syria di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) boleh menyebabkan Russia menggunakan kuasa veto sekali lagi, langkah yang dilihat diplomat sebagai kemungkinan mencetuskan serangan AS terhadap Syria.

Russia menggunakan kuasa veto 11 kali untuk menghalang tindakan terhadap sekutunya itu, melindungi kerajaan Presiden Bashar al-Assad daripada sekatan, siasatan jenayah perang dan siasatan mengenai serangan senjata kimia.

Spekulasi mengenai penggunaan kuasa veto kali ke-12 oleh Russia memuncak sekali lagi selepas AS, kelmarin membentangkan deraf resolusi mengenai gencatan senjata 30 hari di Timur Ghouta dan Damsyik.

Langkah itu sebagai reaksi kepada kegagalan gencatan senjata yang diluluskan PBB untuk dilaksanakan di sebalik sokongan Russia, yang membantu serangan Syria di Timur Ghouta.

Operasi dilaporkan membunuh lebih 1,100 penduduk awam sejak dilancarkan pertengahan Februari lalu.

Langkah dirangka AS berasingan untuk menubuhkan panel siasatan mengenai serangan senjata kimia sedang dalam perbincangan, tetapi diplomat berkata rundingan dengan Russia menemui jalan buntu.

Dengan dua tindakan dibentang, Duta AS ke PBB, Nikki Haley, memberi amaran AS sedia bertindak di Syria jika perlu bagi menangani penggunaan senjata kimia dan kesengsaraan yang tidak berperikemanusiaan.

"Apabila komuniti antarabangsa secara konsisten gagal bertindak, ada ketika negara lain terpaksa mengambil tindakan sendiri.

"Kami juga memberi amaran kepada mana-mana negara yang mahu melaksanakan kehendak dengan serangan kimia dan kesengsaraan tidak berperikemanusiaan, terutama rejim haram Syria: AS sedia bertindak jika perlu berbuat demikian," Haley kelmarin. - AFP bharian

Possibly Related Threads...
Assad Tidak Bijak Guna Senjata Kimia - As
Dakwaan Penggunaan Senjata Kimia Palsu - Putin
Syria - Terkini Tentang Nasib Rakyatnya Di Sana.
Malaysia Setuju Terima 3,000 Pelarian Perang Syria, 8 Orang Sudah Tiba Hari Ini
Tentera Bashar, Rusia Serang Pemberontak
Pelarian Syria Rentas Laut Pindah Ke Greece Tak Lupa Bawa Kucing Bersama
25 Gambar Malam Di Bandar Mosul Syria Di Bawah Jajahan Daulah Islam Wilayah Nainawa
Is Mengaku Lancar Serangan Tepi Pantai Di Bandar Sousse Tunisia 40 Terbunuh
80,000 Pejuang Asing Banjiri Syria Melalui Turki Dan Jordan
As Mengaku Latih Penentang Kerajaan Syria Bergaji As$250 Ke As$400 Sebulan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 49
As Sedia Serang Syria Halang Serangan Kimia
NorCun
116289
Forum Jump: