Assad Tidak Bijak Guna Senjata Kimia - As

Offline
03-12-2018, 09:54 AM,
#1
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Jim Mattis, hari ini rejim Syria bertindak 'amat tidak bijak' dengan menggunakan gas sebagai senjata terhadap penduduk di Timur Ghouta dan di tempat lain.

Amaran Mattis dikeluarkan di tengah laporan tentera Presiden Bashar al-Assad menggunakan gas klorin di wilayah dikuasai pembangkang berhampiran Damsyik, dan menggariskan kenyataannya dengan merujuk serangan dilancarkan Presiden Donald Trump ke atas pangkalan udara Syria selepas dakwaan serangan kimia tahun lalu.

"Kami sudah menunjukkan dengan jelas bahawa penggunaan gas ke atas penduduk, orang awam di zon perang adalah amat tidak bijak.

"Saya mahu mengulangi bahawa amat tidak bijak bagi mereka menggunakan gas sebagai senjata, saya rasa Trump sudah menunjukkan dengan jelas perkara ini pada awal pentadbirannya," kata Mattis kepada wartawan yang mengiringinya melakukan lawatan ke Oman.

Mattis berkata, beliau sedar banyak laporan mengenai gas klorin digunakan atau mengenai gejala akibat penggunaan gas itu tetapi menegaskan tidak mempunyai bukti kukuh.

April lalu, Trump mengarahkan serangan peluru berpandu terhadap pangkalan udara rejim di Shayrat, selepas Washington berkata ia menggunakan kemudahan itu untuk melancarkan serangan gas saraf di bandar Khan Sheikhun, mengorbankan ramai penduduk awam.

Penggunaan klorin sebagai senjata dilarang menurut undang-undang antarabangsa dan Russia sepatutnya memantau pemusnahan senjata kimia Syria.

Hakikat Assan masih memiliki senjata kimia menunjukkan 'sama ada Russia tidak cekap atau bersubahat dengan Assad', kata Mattis. - AFP

Possibly Related Threads...
As Sedia Serang Syria Halang Serangan Kimia
Dakwaan Penggunaan Senjata Kimia Palsu - Putin
Bom Berisi Kala Jengking Hidup Senjata Terbaru Kumpulan Is
Rusia Sekat Vimeo Sebab Tidak Buang Video Isis
Mati Di Syria Tidak Semestinya Syahid



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 32
Assad Tidak Bijak Guna Senjata Kimia - As
NorCun
116273
Forum Jump: