Atas Nama Seni, Setin Tahi Manusia Berharga Rm1 Juta

Offline
09-17-2017, 08:16 AM,
#1
resim
Tin yang mengandungi tahi Piero Manzoni dijual pada harga tinggi.

CUBA tanya sesiapa adakah mereka sanggup membayar apa saja untuk memiliki tahi orang lain.

Jawapan mereka sudah tentu 'tidak'.

Namun pandangan tersebut berubah apabila tahi dikatakan menjadi hasil kerja seni.

Seorang 'penggiat seni tahi' mengeluarkan koleksi najisnya dalam bentuk tin seberat 30 gram.

Tin tersebut mengandungi tahi milik penggiat seni warga Itali, Piero Manzoni.

Pengumpul hasil seni dikatakan sanggup membelinya pada harga ratusan malah ribuan dolar.

Bila Piero Manzoni mengeluarkan idea untuk mengetinkan tahinya sendiri pada 1961, beliau mungkin tidak menjangkakan ia dapat dijual pada harga tinggi.

Pada 2007, galeri seni Tate di London membeli salah satu daripada 90 tin Manzoni pada harga £22,350 (RM125,587).

Mungkin kedengaran mustahil, tetapi tahi Manzoni kini bernilai kira-kira AS$300,000 (RM1.16 juta).

Tahun lalu, ada pembeli mendapatkan tin yang ke-54 pada harga £182,500 (RM1.03 juta). - odditycentral/MStar

Possibly Related Threads...
Pocong Datang Dari Atas Gunung Bimbangkan Penduduk Kampung
Ikan Berharga Rm24,000 Dipamer Di Karnival Jualan Pau 2015
Emirates #hellojetman - Manusia Kini Mampu Terbang Seiring Dengan Pesawat
Berani Gila Parkour 5 Lompatan Atas Balkoni Tanpa Henti
Menakutkan Asap Letupan Gunung Berapi Seperti Manusia Bermata Merah
Seni Gravity Blue Seimbangkan Batu Tepi Sungai Yang Mengkagumkan 7 Gambar
Coklat Berharga Rm3,133 Sekotak Dalam Kotak Emas 24 Karat
Lembu Kena 'rogol' Lahirkan Anak Berwajah Manusia
Enjin Preve 'tercampak' keluar dan jatuh atas jalanraya.
Kisah Benar Manusia Penzina Yang Mati Dalam Kemalangan Yang Dahsyat Dan Sangat Memal



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 84
Atas Nama Seni, Setin Tahi Manusia Berharga Rm1 Juta
sukawg
112550
Forum Jump: