Axa Affin Life Lantik Ceo Baharu

Offline
12-17-2017, 02:18 PM,
#1
[Image: axaffin.transformed.jpg]





KUALA LUMPUR: AXA Affin Life Insurance Bhd melantik Rohit Chandrasekharan Nambiar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.


Dalam satu kenyataan hari ini, Pengurus Negara AXA Affin bagi Malaysia, Emmanuel Nivet, berkata Rohit yang berpengalaman lebih 14 tahun dalam industri insurans, adalah Ketua Pegawai Transformasi dan Operasi AXA Affin General Insurance sejak Januari 2016 dan bertanggungjawab dalam usaha transformasi, operasi, teknologi maklumat dan data raya.


"Saya yakin beliau mampu mengemudi syarikat ini mencapai kejayaan baharu dengan memanfaatkan perubahan dalam pasaran serta melancarkan beberapa inisiatif utama industri," katanya.


Rohit telah menerajui program transformasi pengalaman pelanggan AXA Asia yang terbukti berjaya selain turut merangkul Anugerah Pengerusi AXA Group pada 2015.


AXA Affin Life Insurance Bhd diperbadankan pada 2006 dan adalah syarikat usaha sama antara Affin Holdings Bhd dan AXA Group. - BERNAMA

Possibly Related Threads...
Pictures_enjoy Life! (32 Pictures)
Bank Negara umum syarat baharu miliki kad kredit



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 19
Axa Affin Life Lantik Ceo Baharu
Reez Ramsey
114441
Forum Jump: