Babi Terjatuh Dari Atas Lori Jadi Viral Di Media Sosial

Offline
10-03-2015, 08:16 AM,
#1
resim
SEEKOR ba.bi yang terjatuh dari sebuah lori merayau di jalan raya sehingga mengganggu pengguna lalu lintas di Jalan Utama, Pending, Kuching, semalam.

KUCHING 2 Okt. – Orang ramai yang melalui Jalan Utama, Pending di sini pagi ini, gempar apabila seekor ba.bi terjatuh dari sebuah lori dan terus berjalan ‘selamba’ melintasi deretan kenderaan yang berhenti di lampu isyarat di situ.

Kejadian berlaku pukul 10 pagi semasa pemandu lori yang membawa haiwan itu dalam perjalanan dari arah pusat bandar raya menuju ke Jambatan Sultan Salahuddin di sini.

Tiba di lokasi kejadian, pemandu lori tidak menyedari seekor ba.bi jantan yang dibawa telah terjatuh dari kenderaannya lalu terus bergerak meninggalkan haiwan tersebut.

Seorang pengguna jalan raya yang hanya mahu dikenali sebagai Tengku Kazim memberitahu, ba.bi tersebut kemudian terus jalan melintasi kenderaan yang sedang sibuk bergerak dan berhenti di lampu isyarat.

“Ba.bi itu juga melewati lampu isyarat di Jalan Utama menyebabkan pemandu kenderaan terpaksa berhati-hati bagi mengelak melanggarnya.

“Haiwan tersebut sempat berjalan sejauh kira-kira 3 kilometer sebelum menuju ke sebuah bangunan komersial di tepi jalan dan ditangkap semula oleh pemandu lori yang menyedari kehilangan ba.bi dibawanya 15 minit selepas haiwan itu terjatuh daripada kenderaannya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam pada itu, video dan gambar ba.bi yang terlepas di atas jalan raya berkenaan terus tersebar serta menjadi viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApp tidak lama selepas kejadian.

Salah satu video berdurasi 37 saat yang dimuat naik dalam laman Facebook Kamek Miak Sarawak menyaksikan ba.bi berwarna kekuningan itu berlegar-legar berhampiran kereta dan motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Utama.

Sehingga kini, 39,000 orang menonton video berkenaan.  - Utusan

Pautan video: https://goo.gl/9gHJr2

Possibly Related Threads...
Musang King Dari Raub, Pahang Rm300 Sekilogram
Viral Gadis Tunjuk Aksi Guna Lidah Yang Terbelah Dua
Sikap Rakyat Kelantan Tak Berubah Punca Gagal Keluar Dari Kemiskinan
Teknik Couching, Tolak Lensa Mata Ke Dalam Untuk Rawat Katarak Berisiko Jadi Buta
Trend Makanan Manis Di Kelantan, Atas Meja Gerai Pun Disedia Balang Gula
7 Makanan Ini Akan Jadi Racun Jika Dipanaskan Semula
Viral Rakaman Kain Ajaib Boleh Hilangkan Diri Di China
Pasaraya Halal Di Paris Diarah Tutup Kerana Tak Jual Arak, Babi
Hani Kongsi Kisah Seksanya Jadi Menantu Bukan Pilihan
Baru Dibuka, Rawang Bypass Sudah Jadi Mangsa Vandalisme



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1013
Babi Terjatuh Dari Atas Lori Jadi Viral Di Media Sosial
sukawg
98689
Forum Jump: