Bacaan Ipu Di Pontianak Cecah Lebih 1,000

Offline
09-16-2015, 08:12 PM,
#1
JAKARTA: Pencemaran udara di Kota Pontianak, Kalimantan Barat kini dilaporkan sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah mencecah lebih daripada 1,000 pada jam 2 petang tadi.

Mengikut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofiska http://www.bmkg.go.id setakat ini pencemaran udara di kota itu adalah yang terburuk di seluruh Indonesia. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan di kota itu masih belum mengisytiharkan darurat seperti yang berlaku di Riau semalam. Pencemaran udara di Pekanbaru, Riau dilaporkan semakin menurun walaupun masih berada di tahap sangat tidak sihat dengan bacaan IPU antara 250 dan 300 pada petang ini.

Mengikut laporan televisyen tempatan Metronews, beberapa saksi memberitahu jarak penglihatan di beberapa kawasan Pontianak tidak sampai 100 meter dan kebanyakan penduduk hanya tinggal di rumah. Jerebu di kawasan itu berpunca daripada kebakaran hutan dan ladang di beberapa kawasan di Kalimantan Barat dan ia juga dilaporkan telah merebak ke Malaysia dan Singapura. Pasukan Tentera Nasional Indonesia sedang membantu memadamkan kebakaran hutan di wilayah itu. - BERNAMA

http://www.bharian.com.my/node/82355?As3

resim

Possibly Related Threads...
Kemungkinan Gempa Bumi Lebih Besar Akan Berlaku Di Lahad Datu
Ipu Di Palangkaraya, Kalimantan Tengah Cecah 3,000
Ipu Cecah 2,500, Palangkaraya Bertukar Kuning
Terkini Jerebu 'sangat Tak Sihat' Di Batu Muda Dan Shah Alam Lebih 200ipu
Netizen Sangsi Bacaan Ipu Catat Sederhana Tapi Di Luar Tak Nampak Apa
Jerebu Di Pontianak Catat Ipu Mengerikan 1,200
Mangsa Banjir Di 6 Negeri Lebih 225,000 Orang
Lebih 100,000 Mangsa Banjir Seluruh Negara
Air Cecah Tingkat Tiga, 500 Mangsa Di Smk Manek Urai Dalam Bahaya
Lebih 100 Dipercayai Tertimbus



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 893
Bacaan Ipu Di Pontianak Cecah Lebih 1,000
NorCun
98292
Forum Jump: