Badan Ibu Bersalin Terpotong Dua Lepas Tersepit Lif Di Hospital

Offline
08-21-2017, 10:59 PM,
#1
resim
resim

TRAGEDI menimpa Rocio Cortes Nunez ketika berada di atas pengusung selepas melahirkan anaknya secara pembedahan di sebuah hospital di selatan Sepanyol.

Kejadian itu berlaku di Hospital Valme di Seville,  berpunca daripada masalah kerosakan lif.

Ibu berusia 26 tahun itu meninggal dunia dalam keadaan ngeri apabila badannya terpotong dua akibat tersepit pada pintu lif.

Lebih menyedihkan, bayi yang baru mengenal dunia itu berada di sisi ibunya dan dilaporkan dalam keadaan selamat.

Mangsa adalah ibu kepada dua lagi anak perempuan berusia tiga dan empat, menurut akhbar Sepanyol, El Correo.

Difahamkan, lif itu mula bergerak ke atas sebelum pengusung yang membawa Rocio itu sempat masuk sepenuhnya. Ia berlaku akibat masalah mekanikal pada pintu automatik lif itu.

Laporan media tempatan memberitahu, badan mangsa terpotong dua dalam kejadian pada kira-kira pukul 2.30 petang Ahad itu.

Polis dan pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian bersama doktor tetapi tidak mampu menyelamatkan wanita tersebut.

Pasukan bomba mengambil masa dua jam untuk mencapai badannya selepas kepala mangsa terperangkap di antara bahagian atas lif dan bumbung, manakala kakinya terjuntai.

Abang ipar, David Gaspar, menyatakan suami mangsa sangat berdukacita dengan kejadian itu.

“Kami masih tidak percaya perkara seperti itu boleh terjadi,” katanya kepada Europa Press.

“Sesuatu harus dilakukan. Mereka perlu dihukum,” katanya. - MStar

Possibly Related Threads...
Tahfiz Dibakar: Suspek Pernah Dibelasah Lepas Kencingkan Jalur Gemilang
Tahfiz Dibakar: Terpaksa Percepat Sidang Media Lepas Fakta Kes Bocor
Tahfiz Terbakar: Pengantin Baru Maut Seminggu Lepas Kahwin
Tak Tahan Sakit Bersalin, Wanita China Bunuh Diri
Lif Tiba-tiba Bergerak, Badan Nyaris Terputus Dua Tersepit
Suhana Hilang Lepas Cuci Baju Di Dobi Layan Diri
Juara Bina Badan Wanita Mati Rentung Dalam Kemalangan Ngeri
Wanita Teruk Dipukul Lepas Tolak Lamaran Lelaki
Budak Maut Kepala Tersepit Meja Lipat Di Tumpat
Wanita Hamil Anak Bangladesh Maki Aadk Lepas Diarah Uji Air Kencing



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 34
Badan Ibu Bersalin Terpotong Dua Lepas Tersepit Lif Di Hospital
sukawg
112126
Forum Jump: