Badan Jadi Belon Kerana Naik Ke Permukaan Terlalu Cepat Ketika Menyelam

Offline
09-07-2017, 03:01 PM,
#1
resim 

DOKTOR memeriksa keadaan Martinez selepas dada dan tangannya menggelembung akibat penyakit dekompresi. - Agensi

resim
resim
resim

Pisco, Peru: Badan seorang nelayan menggelembung akibat satu keadaan luar biasa selepas timbul ke permukaan terlalu cepat ketika menyelam di lautan baru-baru ini.

Berat badan Alejandro Ramos Martinez juga meningkat hampir 30 kilogram selepas dada dan tangannya menggelembung.

Martinez berkata, dia menyelam di dasar lautan untuk menangkap udang dan ikan sebelum naik ke permukaan terlalu cepat.

Kesilapan itu menyebabkan gas nitrogen di dalam darahnya bertukar menjadi gelembung, satu keadaan yang dikenali sebagai ‘bends’ atau penyakit dekompresi.

Keadaan itu yang berpunca daripada naik ke permukaan terlalu cepat boleh membawa maut dan sangat ditakuti oleh penyelam.

Bagaimanapun, dalam kes Martinez, gelembung nitrogen terperangkap di sekitar ototnya dan ia sangat jarang berlaku serta unik.

Doktor juga masih berusaha mendapatkan rawatan yang sesuai untuk Martinez.

Martinez kini diberi rawatan oksigen dalam kebuk tekanan tinggi.

Seorang doktor di Hospital San Juan de Dios, Miguel Alarcon berkata, pihaknya sehingga kini berjaya mengeluarkan 30 peratus nitrogen daripada badan lelaki itu.

“Kami juga menjalankan kajian terhadap penyakit dekompresi yang dialami Martinez kerana kami tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini,” jelasnya.

Keadaan itu menyebabkan Martinez sering berasa sakit dan sukar berjalan serta mengalami tekanan darah tinggi. - Metro

Possibly Related Threads...
806 Batu Karang Dalam Buah Pinggang Kerana Suka Makan Daging Babi
Apa Jadi Jika Telur Dipecahkan Dalam Laut?
Baca Dengan Jelas - Ketahui Gangguan Jin Dalam Badan Anda.
2 Beradik Aktif Waktu Siang Jadi Lumpuh Sebaik Matahari Tenggelam
Rakaman Wanita Tabur Sesuatu Depan Kedai Jadi Viral
Wanita Buang Pusat, Belah Lidah Mahu Jadi Seperti Pari-pari
Wanita Hilang Ketika Siaran Langsung Bingungkan Pengguna Internet
Budak Jumpa Wang Rm467,000 Terapung Di Sungai, Jika Tiada Yang Tuntut Jadi Dia Punya
Rakaman Permukaan Tanah Di Kanada Seperti Sedang Bernafas
Trailer Filem Juon The Final Diharamkan Mungkin Terlalu Menakutkan Di Jepun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 106
Badan Jadi Belon Kerana Naik Ke Permukaan Terlalu Cepat Ketika Menyelam
sukawg
112377
Forum Jump: