Bagaimana saya bermula?

Offline
11-29-2011, 08:46 PM,
#1
Bagaimana saya bermula?
Saya hanya seorang pelajar dalam jurusan Mekanikal Marin. Tiada kaitan langsung dengan komputer mahupun internet. Seorang budak kampung dan tiada komputer dirumah yang hanya mengenali apa itu emel pada tingkatan 1(1999). Di matrikulasi hanya tahu apa itu friendster.com (hari-hari keje tukar layout profile aje)

Pendek cerita saya mula dengan blogspot >>blog pertama saya thebestmp3download.blogspot.com (xde jana pape income dan tak popular pon). Mula saya merayap-rayap dari satu blog ke satu blog sehingga saya bertekad mahu bina domain.com ketika membaca diblog problogger.net 3 tahun lalu.

Anjakan paradigma berlaku dari blogspot >> wordpress.. untuk maju setapak dalam dunia blogging. Ketika ini ilmu wordpress dan blogging adalah 0(zero). Seterusnya baru tahu mengenai forum wangcyber.com dan disini panca-roba berlaku dan minta(upah) orang ajar secara online - tu pon ajar basic (install je..not more than that).

Membeli ebook-ebook yang berkaitan seperti cpanel n macam-macam lagi panduan buat duit yang sebenarnya boleh didapati secara percuma di internet. Saya tidak tahu yang "google itu adalah GURU" ketika itu.

"Itu lah sedikit sebanyak Flash Back saya" -Hantu Kak Limah Balik Rumah-

Shortcut >> Jom Mula Berblog dengan Berjaya Secara Percuma dari 0 to Hero

Stage Pertama!!!
1. Belajar koding asas HTML

Rujukan : http://www.w3schools.com/html/default.asp

>>Lagi sumber

2. Belajar Mengenai Asas Cpanel
Rujukan : http://www.siteground.com/tutorials/cpanel/

3. Belajar Mengenai Asas Setup Blog Wordpress
Rujukan: http://www.siteground.com/tutorials/wordpress/

Stage Kedua
1. Buat Target untuk blog (Misi dan Visi perlu ada untuk berjaya)


Formula 1 : Blog + Visitors + Publisher = Money

Formula 2 : Blog Articles + Marketing = Visitors

Formula 3 : Returning Visitor + New Visitor = Visitors

Formula 4 : Good articles + update frequently = Returning Visitor

Formula 5 : Advertising + SEO = New Visitors = Marketing

Formula 6 : Facebook + Forum + Video + Buy Ads Space + Link Building + Blog Commenting = Advertising(percuma dan berbayar)

Formula 7 : google Adsense + Innity = Publisher

My Blogging Formula is:

Blog Articles + SEO + (Facebook + Forum + Video + Buy Ads Space + Link Building + Blog Commenting) + (Good articles + update frequently) + (Google Adsense + Innity) = $$Money$$

Apa target yang perlu dilakukan??

Update blog : Target untuk update blog sebulan 30 artikel tanpa henti selama 3 bulan

Target Pelawat Sehari : 50>100>200>500>1k >2k (apply advertising formula disini)

Selepas 2k sehari : Try Apply untuk jadi publisher di innity.com(contoh)!!! Kalau nuffnang atau PPC (Google Adsense) tak perlu!!!

Guna tracking tool : http://statcounter.com (untuk analisis keyword,dari mana dan referer ke blog)

Pada pendapat saya : Membuat target MONEY sebagai sasaran adalah salah. Tiada MONEY kalau tiada Visitors.

Ulang langkah diatas selama setahun/2 tahun.
P/s : untuk marketing boleh guna kreativiti sendiri.

Rujuk juga disini :
teknik tambah visitor ke blog

cuba menjadi blogger professional


Stage 3
Banyak perlu dilakukan dan tiada masa nak buat artikel lagi, nak buat promosi blog lagi...(Andaian dah mula menjana wang dari blog ketika ini)

1. Cari Penulis untuk blog anda (percuma atau upah)

Ketika ini anda tumpukan kepada marketing!!!(kurang satu beban) tetapi jangan tinggalkan untuk update blog walaupun kadang-kadang.



"Saya Cuba Berkongsi Apa yang termampu dengan ilmu yang tak seberapa ini"


credit to : ahrasis from CG



Possibly Related Threads...
Keselamatan cyber Bagaimana selamat di internet
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.
Offline
09-02-2012, 11:53 AM,
#2
Bagaimana pulak anda bermula --> astrowan ? Tongue
Offline
09-02-2012, 12:01 PM,
#3
(09-02-2012, 11:53 AM)syabrembo Wrote: Bagaimana pulak anda bermula --> astrowan ? Tongue

adsense sudah kena banned selepas berjaya cash cek pertama sampai umah gelak gelak

Bagaimana pulak anda bermula --> Syabrembo

gelakym
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 2 <<>> Dilihat: 1887
Bagaimana saya bermula?
astrowan
15890
Forum Jump: