Bahaya! Sudah Ada Beberapa Kes Bateri Iphone 8 Plus Menggelembung

Offline
10-08-2017, 07:45 AM,
#1
resim
resim
resim

SYARIKAT pengeluar telefon pintar, Apple sedang menyiasat beberapa kes bateri model iPhone 8 Plus yang baharu dilancarkan didakwa menggelembung.

Menurut Reuters, kes tersebut dilaporkan berlaku di Taiwan dan Jepun, di mana letupan telah menyebabkan peranti berkenaan terbuka.

Kes terbaharu dimana peranti iPhone didakwa terbuka akibat bateri yang 'menggelembung' telah dilaporkan oleh media milik kerajaan China.

Menurut laporan tersebut, sebuah portal China telah menemuramah seorang pemilik iPhone 8 Plus yang dikenali sebagai Liu.

Menurut Liu, dia membeli peranti berkenaan pada 5 Oktober lalu daripada sebuah laman web atas talian.

"Peranti berkenaan dilihat dalam keadaan retak ketika membuka bungkusan dan memeriksa gajet tersebut.

"Bagaimanapun peranti berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda telah meletup. Saya mengambil keputusan untuk tidak mengecas peranti berkenaan dan mengembalikannya kepada pihak penjual," katanya lagi.

Jurucakap syarikat Apple berkata, kes berkenaan kini dalam siasatan bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut. - Sinar

Possibly Related Threads...
Apple Disaman Kerana Perlahankan Iphone
Iphone X Masuk Malaysia 24 November, Serendah Rm5,149 Sahaja
Samsung Galaxy S8 Kalahkan Iphone 8
Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup, Kata Samsung
Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup, Kata Samsung
Kamera Iphone Bakal Dilengkapi Ciri Augementasi Realiti (ar)
Apple Bakal Lancar 3 Model Iphone 8 Pada 2017
Iphone 7 Edisi Khas Teringan, Terkuat Di Dunia Berharga Rm71,000
Apple Jangka Jualan Iphone, Untung Menurun
Iphone 7 Meletup Sebabkan Kereta Terbakar Di Australia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 69
Bahaya! Sudah Ada Beberapa Kes Bateri Iphone 8 Plus Menggelembung
sukawg
113193
Forum Jump: