Bakal Calon Presiden Singapura Tak Fasih Cakap Melayu

Offline
06-18-2017, 04:11 PM,
#1






resim

PETALING JAYA: Seorang usahawan Melayu Singapura yang berharap diterima sebagai calon pilihan raya presiden negara itu kini berusaha meningkatkan prestasi bahasa Melayunya, selepas sebuah klip video menunjukkan beliau menghadapi kesukaran bertutur bahasa itu mengundang reaksi negatif.



Salleh Marican, orang di belakang Second Chance, satu-satunya syarikat milik Melayu yang disenaraikan di papan utama pasaran saham Singapura, mengakui beliau lemah dalam bahasa ibundanya, walaupun berharap menyertai pilihan raya September ini yang buat pertama kali dikhaskan kepada calon daripada komuniti Melayu republik itu.

“Dalam perniagaan saya, tidak perlu fasih bahasa Melayu untuk berjaya,” katanya kepada akhbar The Straits Times Singapura.

Menurutnya, beliau baru 3 hari mengikuti kursus bahasa Melayu ketika wawancara itu.

“Sekarang saya menghadiri 3 sesi kelas seminggu. Selepas Hari Raya nanti, saya akan menghadiri 5 sesi seminggu.”

Second Chance bermula sebagai sebuah syarikat tukang jahit pakaian lelaki, tetapi kini turut menceburi pelbagai bidang terutama hartanah, dengan nilai ekuiti pemegang saham sebanyak S$260 juta (RM830 juta).

Pada 5 Jun, selepas mengemukakan borang pencalonan di Jabatan Pilihan Raya Singapura, sebuah klip video wawancaranya yang belum disunting menjadi tular dan mengundang kritikan.

“Saya telah… mendang… ini ya? What’s the word, run the company, mendang…,” Salleh dilihat dalam klip itu menghadapi kesukaran bertutur bahasa Melayu, sambil dibantu beberapa wartawan Singapura lain yang memberitahu istilah betul, “mengendalikan”.

Salleh berkata beliau menjangkakan menerima komen negatif tetapi terkejut dengan kritikan keras yang diterimanya.

Tetapi Salleh cuba mengatasi semua itu, dan yakin berjaya atas semangat sama ketika mula-mula membuka perniagaan tukang jahit di sebuah kompleks beli-belah di Singapura pada 1970-an.

Salleh berkata, kedainya mengalami kerugian selepas 4 bulan beroperasi, memaksanya menjual perniagaan itu kepada rakannya. Bagaimanapun, selepas 5 bulan, rakannya juga gagal dan merayu kepadanya membeli balik perniagaan itu. Salleh kemudian bertekad memajukan perniagaan itu sehingga berjaya, dan itulah cerita di sebalik nama “Second Chance” (peluang kedua).

Second Chance kini memiliki rangkaian butik pakaian, kedai roti, barang kemas di samping hartanah yang menjadi penyumbang utama syarikat itu.

Pilihan raya presiden Singapura September ini adalah sesuatu yang unik memandangkan ia diperuntukkan kepada calon dari kalangan orang Melayu, selepas Yusof Ishak menjadi presiden pertama hampir 50 tahun lalu.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mencadangkan idea itu, yang disusuli dengan pindaan perlembagaan pada November lalu, bagi memastikan perwakilan bersifat pelbagai kaum dalam pejabat presiden.

Jawatan presiden sekadar simbolik dan tidak mempunyai kuasa politik seperti perdana menteri, dan mula dipertandingkan sejak 1993. - FMT

Possibly Related Threads...
Viral Akak Jpj Comel Pandai Cakap Mandarin
Tahfiz Terbakar: Tiada Bahan Kimia Ditemui Seperti Disensasikan Media Singapura
Halimah Hampir Pasti Wanita Melayu Pertama Jadi Presiden Singapura
Gadis Sabah Badan Penuh Bertahi Lalat Kini Calon Miss Universe
7 Tahun Bercinta, Akhirnya Terbongkar Bakal Suami Bukan Lelaki
Sesiapa Kuasai Artificial Intelligence, Bakal Memerintah Dunia - Putin
Apek Malu Tak Fasih Cakap Cina, Hari-hari Cakap Melayu
Presiden Singapura Hanya Sekadar Simbolik Tanpa Kuasa
Lelaki Tua Disiasat Polis Singapura Kerana Nakal
Di Usia 64 Tahun, Presiden Putin Tak Segan Tayang Badan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 74
Bakal Calon Presiden Singapura Tak Fasih Cakap Melayu
sukawg
110949
Forum Jump: