Banjir Besar Di Jepun: 82 Beg Berisi Bahan Radioaktif Dihanyut

Offline
09-12-2015, 04:17 PM,
#1
82 beg berisi bahan radioaktif dihanyut banjir


resim
Loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima Daiichi menjadi salah satu kawasan yang terjejas berikutan Taufan Etau yang melanda negara itu sejak awal minggu lalu. -Foto arkib AFP

FUKUSHIMA (Jepun), 12 September: Sekurang-kurangnya 82 beg yang dipenuhi dengan bahan-bahan radioaktif tercemar dari loji nuklear yang musnah di Fukushima, Jepun telah dihanyutkan oleh banjir berikutan ribut dahsyat yang melanda negara itu baru-baru ini.

Kementerian Alam Sekitar Jepun yang dipetik daripada laporan Press TV sebagai berkata, beg-beg tersebut disyaki mengandungi material radioaktif dan bahan-bahan tercemar yang lain, telah dikumpulkan di tapak loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima Daiichi berikutan krisis bencana pada Mac 2011 dan disimpan di sebuah bandar berhampiran tapak kilang.

Kebanyakan beg telah ditemui lapor kementerian terbabit, tetapi menurut media tempatan, hanya 30 daripadanya telah berjaya dikumpulkan.

Banjir baru-baru ini dari hujan lebat yang dicetuskan oleh Taufan Etau masih belum mencapai tahap melumpuhkan loji nuklear, tetapi terdapat laporan yang mengatakan bahawa hujan lebat telah menyebabkan bahan di NPP melimpah ke dalam Lautan Pasifik.

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga jaminan bahawa tahap radiasi air yang melimpah akan ‘cukup rendah’ pada tahap yang dibenarkan undang-undang.

Taufan Etau yang menyerang Jepun sejak awal minggu lalu menyebabkan pihak berkuasa tempatan terpaksa memindahkan puluhan ribu penduduk tempatan di seluruh negara.

Setakat ini, tiga orang telah kehilangan nyawa dan sekurang-kurangnya 25 masih hilang. - therakyatpost

resim
resim

Possibly Related Threads...
Viral Rakaman Lelaki Hanyut Dalam Banjir
Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat Petang Tadi
18,000 Ekor Ayam Mati Lemas Akibat Banjir
Kuantan Dilanda Banjir Kilat
Terkini: Tsunami 3 Meter Landa Pantai Jepun Susulan Gempa 7.4 Magnitud
Sungai Nil Bertukar Keruh Selepas Hujan Lebat, Banjir
Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat
Paris Dilanda Banjir
Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat
Shah Alam Dilanda Banjir Kilat Selepas Hujan 40 Minit



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 671
Banjir Besar Di Jepun: 82 Beg Berisi Bahan Radioaktif Dihanyut
sukawg
98189
Forum Jump: