Banjir Diramal Berlaku Hujung Tahun Ini

Offline
08-07-2015, 03:54 PM,
#1
resim
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail. 

BESUT: Banjir diramal berlaku di beberapa negeri termasuk di pantai timur pada akhir tahun ini tetapi tidak seburuk yang berlaku pada tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail, berkata MetMalaysia akan terus memantau dan melaporkan data ramalan terkini kepada orang ramai agar penduduk terutama di persisiran pantai dapat bersedia menghadapi keadaan yang berlaku nanti. 

"MetMalaysia akan mula memberi taklimat kepada pihak berkuasa negeri-negeri tentang perkembangan semasa cuaca, mulai Oktober supaya semua pihak mampu bersedia menghadapi ancaman bencana alam itu," katanya. 

Sementara itu, Che Gayah turut menyatakan fenomena El-Nino yang dikesan berada di kawasan timur laut Pasifik buat masa ini berada dalam keadaan lemah yang tidak akan memungkinkan cuaca monsun timur laut ekstrim berlaku di negara ini. 

Katanya, seperti pada tahun lalu, walaupun ramalan menunjukkan fenomena El-Nino kuat dijangka melanda negara tetapi sebaliknya ia tidak terjadi. 

"Justeru keadaan ini tidak akan memungkinkan banjir peringkat ekstrim daripada terjadi seperti yang terjadi pada tahun lalu," katanya. -BERNAMA

Possibly Related Threads...
Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat (15 September)
Viral Rakaman Lelaki Hanyut Dalam Banjir
Janji Indonesia: Tiada Jerebu Dari Sumatera Barat Tahun Ini
Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat Petang Tadi
18,000 Ekor Ayam Mati Lemas Akibat Banjir
Kuantan Dilanda Banjir Kilat
Sungai Nil Bertukar Keruh Selepas Hujan Lebat, Banjir
Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat
Paris Dilanda Banjir
Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 554
Banjir Diramal Berlaku Hujung Tahun Ini
sukawg
97533
Forum Jump: