Banjir Lumpur Di Kaki Gunung Kinabalu

Offline
06-15-2015, 08:12 PM,
#1
resim

RANAU: Hujan lebat petang tadi mengakibatkan banjir lumpur berlaku di Kampung Mesilau di kaki Gunung Kinabalu dekat Kundasang, di sini.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3 petang sebelum bomba menghantar sepasukan anggota ke beberapa lokasi bagi menjalankan pemantauan serta operasi memindahkan penduduk. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, banjir lumpur mengakibatkan jambatan utama bagi laluan kenderaan ke Pusat Dakwah Islam Kundasang terputus hubungan. 

Katanya, keadaan sungai yang deras dan berlumpur menyukarkan bomba menyeberangi sungai dan melakukan operasi memindahkan mangsa. 

Difahamkan, ketika ini, pemantauan dan bantuan memindahkan penduduk ke kawasan selamat masih dijalankan.

Possibly Related Threads...
Viral Rakaman Lelaki Hanyut Dalam Banjir
Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat Petang Tadi
18,000 Ekor Ayam Mati Lemas Akibat Banjir
Kuantan Dilanda Banjir Kilat
Sungai Nil Bertukar Keruh Selepas Hujan Lebat, Banjir
Melawat Berdekatan Gunung Berapi Amat Mengujakan Anda Semua
Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat
Paris Dilanda Banjir
Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat
Shah Alam Dilanda Banjir Kilat Selepas Hujan 40 Minit



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 645
Banjir Lumpur Di Kaki Gunung Kinabalu
sukawg
96348
Forum Jump: