Bank Ketiga Dari China Mula Beroperasi Di Kuala Lumpur

Offline
06-03-2017, 02:43 AM,
#1
resim

KUALA LUMPUR - Sektor perbankan China makin berkembang pesat di Malaysia apabila bank ketiga dari negara itu memulakan operasinya, hari ini.

China Construction Bank (Malaysia) Bhd (CCB Malaysia) muncul sebagai bank terbaru dari China menyediakan perkhidmatan kepada rakyat di negara kita. 

Bangunan bank ini terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Menurut laporan Nanyang Siang Pau, CCB sebuah anak syarikat milik penuh China Construction Bank Corporation Ltd memperoleh kelulusan lesen perbankan daripada Kerajaan Malaysia pada 27 Januari lalu.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka hadir menyaksikan majlis perasmian bank ini yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur," tulis akhbar berkenaan.

Lesen yang diberikan buat kali pertama di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, adalah berdasarkan kepada keteguhan dan kemampuan China Construction Bank Corporation Ltd untuk membawa usul yang terkait dengan kepentingan terbaik Malaysia.

Bank Negara Malaysia menyifatkan tumpuan utama CCB Malaysia dalam pembiayaan projek infrastruktur akan memberikan tambahan nilai ke arah transformasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Menurut akhbar ini, dengan menjalankan perniagaan di Kuala Lumpur, ia menandakan CCB mengorak langkah ke peringkat Asean, sekali gus mengukuhkan hubungan ekonomi dan kewangan antara China dan Malaysia. - Sinar

Quote:China Construction Bank (Malaysia) 
Ground Floor, South Block, Wisma Selangor Dredging, 
142 A Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur,


Possibly Related Threads...
Britain Tidak Akan Undur Keluar Dari Eu
Ringgit Akan Pulih Pada Rm4.10 Pada Suku Ketiga
Gangguan Spekulasi Ke Atas Ringgit Mula Reda
Yuan China Jatuh Ke Paras Terendah Sejak 2008
Ringgit Tidak Ditambat Meskipun Susut Ketara - Bank Negara
Kelembapan Ekonomi China, Kejatuhan Harga Komoditi Suramkan Ringgit
Penyusutan Ringgit Mampu Tarik Pelabur China Ke Malaysia
Pelajar Dakwa Bank Tak Terima Mahu Tukar Rm Ke Pound Sterling
China Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Rm92 Bilion
Greece Bakal Peroleh Dana Baharu Dari Pemiutangnya



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 334
Bank Ketiga Dari China Mula Beroperasi Di Kuala Lumpur
sukawg
110586
Forum Jump: