Bantulah : Terpaksa Berhutang Beli Beras

Offline
10-29-2013, 05:36 PM,
#1
Hamidah menunjukkan lantai rumahnya yang rosak dan membahayakan anak-anaknya.

resim

RANTAU PANJANG - “Biarpun kami miskin, namun arwah suami tidak suka menceritakan kesusahan hidup kepada orang lain,” kata seorang suri rumah yang kehilangan suami akibat kanser pankreas, minggu lalu.

Disebabkan itu, Hamidah Mat Yusoff, 51, berkata, tidak semua penduduk menyedari kesulitannya tinggal di rumah uzur dan terbengkalai bersama 10 anak berusia sembilan hingga 31 tahun.

“Sebelum ini, gaji arwah suami yang bekerja di syarikat mengepam pasir digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan sekolah anak-anak, termasuk tiga anak di universiti.

“Ada kalanya, kami terpaksa berhutang untuk mendapatkan keperluan makanan seperti beras di kedai dekat sini,” katanya.

Kehidupan mereka semakin terhimpit apabila suami, Abd Aziz Che Seman, 53, disahkan menghidap kanser tahap kritikal ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, 15 hari lalu.

Namun katanya, penderitaan suaminya tidak panjang, apabila meninggal dunia seminggu selepas Hari Raya Aidiladha lalu.

“Di sebalik kesulitan ini, saya bersyukur kerana anak-anak tekun menimba ilmu sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.

“Kejayaan tiga anak dalam pelajaran, memberi semangat kepada adik-adik yang lain untuk turut menjejakkan kaki ke menara gading,” katanya.

Demi keperluan pembelajaran adik-beradik yang lain, Hamidah berkata, dia terpaksa mengharapkan bantuan daripada beberapa anaknya yang bekerja sebagai kerani dan pekerja kilang di Johor Bahru.

Selain itu, Hamidah berharap, dia dapat menyimpan sedikit wang untuk membaiki rumah yang terbengkalai.

Bagi sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Bank Islam Hamidah nombor akaun 03027020771427 atau menghubunginya di talian 019-9620003.



Possibly Related Threads...
Terpaksa Serah 3 Dari 10 Anaknya Kerana Hidup Susah
Isteri Terpaksa Berhutang Jiran Beli Susu, Lampin Suami Terlantar Kemalangan
[hmetroonlinesetmpt]_ibu Terpaksa Catu Makanan
New_Pilu seorang bapa terpaksa merempat di kaki lima
Ramai penjawat awam tak mampu beli rumah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 755
Bantulah : Terpaksa Berhutang Beli Beras
kejatempek
78776
Forum Jump: