Banyak Lelehan Keluar Daripada Kemaluan Saya Selepas Suami Menarik Keluar Alat Kelami

Offline
06-14-2014, 11:16 AM,
#1
resim





SAYA berusia 23 tahun dan mendirikan rumah tangga enam bulan lalu. Saya melakukan hubungan dengan suami dua hingga tiga kali seminggu. Masalahnya, saya dapati banyak lelehan keluar daripada kemaluan saya selepas suami menarik keluar alat kelaminnya.

Adakah itu air mani suami yang keluar sehingga tidak sampai ke rahim dan membuatkan saya belum hamil sehingga sekarang? Malah, cairan itu masih keluar sesudah saya mencuci kemaluan selepas persetubuhan.

Saya juga ingin tahu, adakah pengambilan ubat yang kerap untuk sakit-sakit biasa seperti pil herba boleh mengurangkan peluang untuk hamil memandangkan saya pernah menggunakannya sebelum berkahwin.

LYNN

Petaling Jaya, Selangor










Anda dan pasangan merancang untuk mendapat anak. Apa yang anda lakukan iaitu kerap bersetubuh sangat digalakkan untuk meningkatkan lagi kemungkinan anda hamil.

Ingin saya nasihatkan supaya lepas bersetubuh, anda tidak digalakkan bangun dan mencuci anggota kelamin kerana bergerak dan berjalan membuatkan air mani yang bertakung dalam penghujung alat sulit puan terkeluar.

Selepas melakukan hubungan suami isteri, anda perlu kekalkan posisi dan tidur mengikut posisi yang anda berasa selesa. Untuk mengelakkan banyak air mani keluar daripada alat sulit, anda dinasihatkan jangan mengemut selepas seks dan ketika pasangan melucutkan alat kelaminnya, sebaliknya perlu melegakan kemutan.

Mengenai pengambilan makanan tambahan seperti pil herba, ia jarang memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan. Jika dalam setahun anda dan pasangan belum mencapai kehamilan, lebih baik bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan asas kesuburan.

Pasangan anda perlu menjalani ujian air mani untuk menentukan bilangan dan kualiti sperma manakala anda perlu menjalani ujian pengesanan ovulasi dan pengesanan mengenai kedudukan anggota reproduktif anda, sama ada rahim sihat dan salur Telur tidak terkandas.




Video Hiasan






Possibly Related Threads...
Isteri Keluar Kerja, Adik Ipar Masuk Bilik.
Suami Isteri Menonton Filem Lucah Untuk Belajar.
Suami Yang Beronani Adalah Suami Yang Pentingkan Diri Sendiri.
Hukum Melihat Kemaluan Isteri.
Mengarut - Krim Losen Tambah Nikmat Alat Kelamin
Isteri Merintih Tak Puas Disetubuhi Suami.
KENAPA PENTING UNTUK KITA MEMBERSIHKAN KEMALUAN DENGAN BETUL?
(pic) Manusia Mempunyai Dua Kemaluan Iaitu Khunsa
Melihat alat sulit wanita dalam ICU
Demi Puaskan Isteri, Lelaki Menyunat Kemaluan Sendiri



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 2535
Banyak Lelehan Keluar Daripada Kemaluan Saya Selepas Suami Menarik Keluar Alat Kelami
Reez Ramsey
86248
Forum Jump: