Bapa Dakwa Anak Demam, Kena Ruam Lepas Minum Susu Enfalac Tiruan

Offline
12-14-2017, 02:19 PM,
#1


resim
resim

MELAKA: Seorang bapa mendakwa bayi perempuannya yang berusia 10 bulan dipercayai menjadi mangsa susu rumusan bayi tiruan selepas membeli makanan itu dari sebuah kedai di Bachang, di sini, beberapa bulan lalu.



Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Koh, 33, mendakwa anak tunggalnya itu mengalami simptom seperti demam dan ruam merah sejak September lalu.

Lebih membimbangkan, katanya, keadaan itu selepas rampasan sejumlah 210 kotak susu rumusan bayi dipercayai tiruan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor pada Ahad lalu.

"Saya sangat terkejut selepas dimaklumkan isteri mengenai kewujudan susu rumusan bayi dipercayai tiruan daripada jenama yang sama (seperti dirampas KPDNKK) diberikan kepada anak.

"Selepas apa yang menimpa anak kami seperti demam dan ruam kemerahan, pelbagai persoalan bermain kerana ia membabitkan soal kesihatan dan nyawa," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Jalan Tun Perak, di sini, hari ini.

Koh juga mendakwa, sebelum ini bayinya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan ketika peringkat awal mengambil susu jenama sama yang dibeli di Singapura oleh sepupunya.

"Bagaimanapun, selepas membeli dari sebuah kedai ubat (di Bachang), saya perasan kesihatannya mulai terjejas seperti demam dan keluar bintik merah.

"Saya bertambah yakin sesetengah produk yang dibeli ini tiruan selepas membandingkan paket bungkusannya ada perbezaan seperti yang viral di media sosial," katanya.

Katanya, perbezaan yang dikesan adalah garisan lipatan pada paket tiruan, berbanding tulen.

BH turut melakukan tinjauan di sebuah kedai yang didakwa menjual susu rumusan bayi tiruan berkenaan.

Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, kedainya hanya menjual produk berkenaan dan sejak kelmarin, dua pelanggan sudah memulangkan susu jenama terbabit kerana meragui status ketulenannya. - BHarian

Possibly Related Threads...
Suami Bakal Dipenjara Lepas Tangkap Isteri Tidur Dengan Bos
Wanita Sudah Berkahwin Kena Makan Jamu, Kata Penjual Jamu
Ibu Kenakan Sewa Rumah Pada Anak Baru Usia 5 Tahun
Terharu Lihat Warga Emas Peluk Kucing Lepas Rumah Musnah Terbakar
Di China, Ibu Heret Anak Degil Belakang Skuter
Potong Ayam 12 Bahagian Bukan 20 Punca Pekerja Kena Tampar
Lelaki Nafi Ceraikan Isteri Lepas Lumpuh Seperti Didakwa
Panda Gergasi Liang Liang Lahirkan Anak, Nuan Nuan Dapat Adik
Pensyarah Meninggal Dunia Lepas Bayar Tol Di Lpt2
Pakar Dakwa Manusia Mati Boleh Dihidupkan Semula 10 Tahun Lagi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 31
Bapa Dakwa Anak Demam, Kena Ruam Lepas Minum Susu Enfalac Tiruan
sukawg
114341
Forum Jump: