Bapa Kendong Mayat Anak Naik Basikal Lepas Tiada Ambulans

Offline
06-17-2017, 02:10 PM,
#1
resim 
BRIJ MOHAN menggendong mayat anak saudaranya sambil mengayuh basikal. FOTO HT

New Delhi: Seorang lelaki di Uttar Pradesh terpaksa menggendong mayat anak saudaranya menaiki basikal selepas gagal mendapat ambulans untuk membawa pulang kanak-kanak perempuan yang mati selepas cirit-birit teruk baru-baru ini dalam satu lagi kes kecuaian seumpamanya di India.

Pihak berkuasa hospital dilaporkan mengarahkan lelaki terbabit membayar kos petrol untuk ambulans bagi membawa pulang mayat Poonam yang meninggal dunia Isnin lalu.

Disebabkan keluarganya sangat miskin, lelaki terbabit, Brij Mohan memutuskan menggendong mayat Poonam di atas bahunya sambil mengayuh basikal sejauh 10 kilometer pulang ke kampung mereka.

Ayah Poonam, Anant Kumar berkata, mereka terlalu miskin malah menghadapi kesukaran membayar kos perubatan anaknya itu yang dirawat di hospital berkenaan sejak Sabtu lalu.

“Saya bekerja sebagai buruh dan tiada wang. Disebabkan itu saya terpaksa meninggalkan Poonam dalam jagaan Brij Mohan untuk mencari kerja bagi mendapat wang untuk merawatnya. - Metro

Possibly Related Threads...
Insiden Lucu Doktor Bersalin Lepas Bantu Pesakit Lahirkan Anak
Pengasuh Dipecat Lepas Curi-curi Minum Susu Badan Majikan
Tiada Lagi Warung Tepi Jalan Pada 2020
Suami Isteri Miliki 7 Anak Perempuan Didakwa Beli Anak Lelaki
Pengedar Dadah Minta Ampun Melutut Depan Ibu Lepas Dijatuh Hukuman Mati
Tahfiz Terbakar: Tiada Bahan Kimia Ditemui Seperti Disensasikan Media Singapura
14~20 Sept: Harga Petrol, Diesel Naik Lagi
Rakaman Lori Terbalik Lepas Protes Buang Tanah Atas Jalan
Viral Pemandu Bas Rapidkl Pandu Naik Atas Pembahagi Jalan
Harga Petrol Akan Terus Naik, Kata Penganalisis Ekonomi



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 80
Bapa Kendong Mayat Anak Naik Basikal Lepas Tiada Ambulans
sukawg
110929
Forum Jump: