Bapa Perkosa Anak Sendiri Kerana Dendam Isteri Curang

Offline
01-02-2018, 12:01 AM,
#1
resim

SEORANG kerani durjana berusia 32 tahun merogol anak kandungnya yang berusia sembilan tahun kerana ingin membalas dendam terhadap isterinya yang didakwa berlaku curang, lapor China Press.

Lelaki itu berkata, dia mula merogol anaknya sejak kanak-kanak perempuan itu berusia lima tahun dan melakukan serangan seksual lebih 10 kali dalam tempoh empat tahun.

Ibu mangsa yang merupakan warga Indonesia pada Rabu menemukan cecair berwarna putih pada bahagian sulit kanak-kanak tersebut dan bertindak menghantar mangsa ke klinik sebelum membuat laporan polis.

Bapa mangsa ditahan kira-kira enam jam selepas laporan tersebut dibuat.

Suspek mengangku dia mengadakan hubungan seks dengan anaknya dan kali terakhir dia melakukan perkara terkutuk itu adalah di rumah mereka di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang sekitar dua minggu lalu.

Difahamkan, suspek memberitahu polis bahawa dia telah mengahwini isterinya 10 tahun lalu dan mereka mempunyai dua orang cahaya mata.

Suspek mendakwa, dia mengetahui tentang isterinya yang mempunyai hubungan dengan lelaki lain beberapa tahun lalu dan dan mahu membalas dendam dengan mencabul dan merogol anak perempuan mereka.

Dilaporkan, jenayah tersebut dilakukan sama ada di bilik tidur atau ruang tamu rumah mereka. - MStar

Possibly Related Threads...
Suami Orang Dicekup Khalwat Dengan Isteri Orang Didenda
9 Anggota Tentera Ditahan Perkosa Gadis 17 Tahun
Ibu Hanya Biarkan Teman Lelaki Liwat 2 Anak Perempuan Di Setapak
Anak Saudara Ditahan Liwat Pakcik Sendiri Di Terengganu
Bapa Didakwa Hari Ini Kerana Liwat Anak Sendiri
Isteri Nekad Kerat Alat Sulit Lepas Syak Suami Curang
Paksa Anak Telan Pil Cegah Hamil Sebelum Perkosa, Bapa Dipenjara 80 Tahun
Janda Anak 3 Raih Rm7,000 Sebulan Jual Tubuh Di Wechat
Anggota Polis Ditahan Paksa Isteri Seks Luar Tabii Di Melaka
Pemuda Dipenjara 10 Tahun Perkosa Kekasih Sendiri Hingga Lahirkan Anak



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 161
Bapa Perkosa Anak Sendiri Kerana Dendam Isteri Curang
sukawg
114857
Forum Jump: