Bapa Rotan Anak Sendiri Didenda Rm4,000

Offline
06-20-2017, 06:45 AM,
#1
resim
Kong Kwek Lian

KUALA LUMPUR 19 Jun – Seorang bapa didenda RM4,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap anak remaja lelakinya menggunakan rotan, bulan lalu.

Kong Kwek Liang (gambar), 40, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas Sky Kong Zheng Wei, 13, telah menganiaya dan menyebabkan remaja tersebut mengalami kecederaan fizikal di ruang tamu rumah sewanya di Jalan Bunga Cempaka 2, Taman Muda, di sini antara pukul 10 pagi dan pukul 12 tengah hari, 14 Mei lalu.

Pemandu di sebuah syarikat percetakan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika ditanya oleh Hakim Azrul Darus mengapa dia memukul anak sulungnya, memberitahu remaja itu tidak mendengar kata dan sering mencuri duitnya. - Utusan

Possibly Related Threads...
Petani Di Ghana Miliki 100 Anak, Terlalu Ramai Hingga Terlamar Anak Sendiri
Kes Bunuh Kadet: Zulfarhan Sendiri Enggan Ke Hospital, Jaga Reputasi Sebagai Tentera
Anak Zahid Hamidi, Nurulhidayah Menikah Lagi
Anak Perempuan Tan Sri Jadi Imam Solat Campur Lelaki Wanita
Cimb Beri Cuti Sebulan Bergaji Untuk Suami Dapat Anak Sulung
Sabtu 24 Jun Lihat Anak Bulan Syawal
Bapa Kendong Mayat Anak Naik Basikal Lepas Tiada Ambulans
Kes Bunuh Kadet: Lega Tetapi Tidak Gembira, Kata Bapa Zulfarhan
Sarawak Rancang Tubuh Syarikat Minyak Sendiri
Bapa Saman Pengetua Rampas Iphone 7 Anak, 3 Bulan Tak Pulangkan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 35
Bapa Rotan Anak Sendiri Didenda Rm4,000
sukawg
110975
Forum Jump: