Bapa Rotan Anak Sendiri Didenda Rm4,000

Offline
06-20-2017, 06:45 AM,
#1
resim
Kong Kwek Lian

KUALA LUMPUR 19 Jun – Seorang bapa didenda RM4,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap anak remaja lelakinya menggunakan rotan, bulan lalu.

Kong Kwek Liang (gambar), 40, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas Sky Kong Zheng Wei, 13, telah menganiaya dan menyebabkan remaja tersebut mengalami kecederaan fizikal di ruang tamu rumah sewanya di Jalan Bunga Cempaka 2, Taman Muda, di sini antara pukul 10 pagi dan pukul 12 tengah hari, 14 Mei lalu.

Pemandu di sebuah syarikat percetakan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika ditanya oleh Hakim Azrul Darus mengapa dia memukul anak sulungnya, memberitahu remaja itu tidak mendengar kata dan sering mencuri duitnya. - Utusan

Possibly Related Threads...
Ibu Kenakan Sewa Rumah Pada Anak Baru Usia 5 Tahun
Di China, Ibu Heret Anak Degil Belakang Skuter
Panda Gergasi Liang Liang Lahirkan Anak, Nuan Nuan Dapat Adik
Baru Tingkatan 2 Sudah Ada Bisnes Tudung Jenama Sendiri
Anak Dilarang Ke Sekolah Kerana Ibu Ayah Tiada Sijil Nikah
Gempar Anak Lembu Tiada Hidung Di Changlun
Restoran Didenda Rm270,000 Kerana Hidang Makanan Atas Papan
Culik Bayi Sendiri Di Wad, Motif Kerana Tak Dapat Bayar Bil Hospital
Viral Bapa Hantar Anak Ke Sekolah Lalu Jambatan Usang Di Pahang
Pemilik Restoran Viral Bil Rm17,017 Didenda Rm30,000 Kerana Invois Palsu



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 151
Bapa Rotan Anak Sendiri Didenda Rm4,000
sukawg
110975
Forum Jump: