Barang Kemas, Wang Tunai Ditemui Dalam Timbunan Sampah Banjir

Offline
11-13-2017, 03:35 PM,
#1
resim
resim
Antara gambar yang tular di media sosial.

GEORGE TOWN: Barang kemas dan wang tunai antara yang dihanyutkan air ketika banjir melanda beberapa kawasan dekat sini baru-baru ini.

Beberapa keping gambar barangan berharga itu yang dikatakan ditemui petugas Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) disebalik timbunan sampah semasa operasi pembersihan banjir dilakukan tular di media sosial.

Presiden MPSP Datuk Rozali Mohamad berkata mereka tidak menerima sebarang laporan berhubung penemuan barang kemas atau wang tunai di sebalik timbunan sampah.

"Tiada laporan diterima setakat ini dan pegawai kami sedang meneliti perkara tersebut," katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menaruh kepercayaan penuh terhadap MPSP kerana pihak majlis berkuasa tempatan itu tidak akan menyembunyikan penemuan barangan berharga seperti didakwa.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yew Tun Seang berkata tiada pekerja MBPP melaporkan mengenai penemuan tersebut setakat ini.

"Jika ada, kita akan mengklasifikasikannya sebagai harta hilang dan ditemui serta akan cuba mencari pemiliknya. Sebagai usaha terakhir, kami akan menyerahkan barang tersebut kepada polis," katanya.

Antara gambar yang tersebar termasuk beberapa ikat duit RM100 yang disimpan di dalam kertas putih yang terkoyak dan juga dompet kosong. - MStar

Possibly Related Threads...
Polis Terkejut Pengemis Boleh Jadi Jutawan, Temui Rm3 Juta Wang Tunai
Misteri Sampah Tiba-tiba Banyak Berlonggok Di Tepi Jalan
Tertinggal Iphone Dalam Kereta, Penumpang Uber Kena Pau Rm300 Untuk Pulang Semula
Takut Beg Hilang, Wanita China Masuk Dalam Mesin Pengimbas
' Bidan Jadian' Ancam Nyawa Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan
Anaconda Sarawak Ditemui Dalam Lubang Kayu Balak Sebelum Mati Ditembak
Bahasa Baru Ditemui Di Kelantan
Guru Agama Didakwa Kerana Mencarut Dalam Whatsapp
Bos Paling Pemurah, Beri Bonus Rm99 Juta Tunai Kepada Pekerja
Jasad Wanita Sudah 10 Tahun Terkubur Hanyut Ketika Banjir, Masih Elok



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 59
Barang Kemas, Wang Tunai Ditemui Dalam Timbunan Sampah Banjir
sukawg
113621
Forum Jump: