Baru Tingkatan 2 Sudah Ada Bisnes Tudung Jenama Sendiri

Offline
01-16-2018, 10:19 AM,
#1




resim
NUR Iman Safiyah menggayakan tudung sekolah jenama sendiri TSIS.

resim
resim

Kuala Lumpur: Meskipun bukan seorang selebriti, remaja 14 tahun ini berjaya dalam bidang keusahawanan dan semakin popular dalam kalangan pengikutnya di Instagram apabila melancarkan tudung sekolah jenama sendiri, dua bulan lalu.

Hanya bermula sebagai pengumpul squishy toys (mainan patung lembut) dan menjualnya sedikit demi sedikit kepada rakan menjadikan Nur Iman Safiyah Mohammad Shahree semakin berminat untuk menceburi bidang perniagaan.

Nur Iman Safiyah berkata, dia mula menjual squishy toys ketika berusia 11 tahun apabila ramai rakannya berminat untuk membeli mainan yang dikumpul sebelum memulakan perniagaan secara dalam talian.

“Minat berniaga itu datang dengan sendiri. Apabila ibu bapa tahu saya menjual mainan, mereka sokong tindakan saya dan membeli squishy toys secara borong untuk saya berniaga.

“Selepas dua tahun aktif menjual squishy dan ramai pengikut, saya menggunakan keuntungan diperoleh itu untuk dijadikan modal menjual shawl (selendang) pula,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, beberapa bulan kemudian, dia menjual tudung bawal dengan jenama sendiri iaitu Baluna Bawal sempena Aidiladha 2017.

Katanya, sambutan yang menggalakkan menjadikan dia sentiasa bermotivasi untuk mencipta inovasi baru dan bersemangat mengembangkan perniagaannya.

“Saya menjadi seronok berniaga sehingga dapat melancarkan satu lagi produk baru iaitu Tudung Sekolah Iman Safiyah (TSIS), November lalu.

“Alhamdulillah, 500 helai terjual pada November lalu dan kemudian lebih 1,000 TSIS mendapat tempahan bulan berikutnya,” katanya yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari.

Menurutnya, kini setiap hari dia menerima tempahan hingga tidak menang tangan menyebabkan semua adik-beradik dan ibu bapa membantunya untuk menerima tempahan, pembungkusan dan penghantaran.

Kata anak kepada pasangan akauntan dan pegawai bank ini, berniaga dalam talian sangat mencabar kerana terpaksa melayan kerenah pelanggan hingga lewat malam dan mahu produk sampai ke tangan dengan segera.

Nur Iman Safiyah berkata, setakat ini perniagaannya diuruskan dirinya sendiri di rumah namun belum terdetik mahu melantik agen atau membuka cawangan sendiri.

“Saya masih baru dalam bidang ini. Sekarang ini, saya hanya beli kain sendiri yang berkualiti, hantar pada tukang jahit dan buatkan tudung seperti yang saya reka sendiri.

“Insya-Allah perancangan jangka masa pendek saya mahu reka tudung sekolah labuh untuk yang bersekolah agama dan tudung sekolah bercorak serta berwarna,” katanya.

Menurut pelajar tingkatan dua itu dia memasang impian menjadi usahawan berjaya dan terkenal selain mempunyai bangunan syarikat sendiri pada satu masa nanti.

Sejak minggu lalu, Nur Iman yang mempunyai lebih 288,000 pengikut di Instagram tular di laman sosial kerana menjadi usahawan berjaya pada usia yang begitu muda. - Metro

Possibly Related Threads...
Lelaki Rayu Isteri Cantik Dikembalikan Lepas Dilarikan Pekerja Sendiri
Kpdnkk Mohon Maaf Iklan Tahun Baru Cina Tersalah Haiwan
Masjid Baru 2 Minggu Dibuka, 53 Kepala Paip Dicuri
Bahasa Baru Ditemui Di Kelantan
3 Persatuan Hotel Buat Aku Janji Tak Larang Pakai Tudung
Pilot Sukhoi Russia Yang Jatuh Ditembak Letupkan Diri Sendiri Elak Ditahan
Wanita Jual Susu Badan Sendiri Di Tepi Jalan Untuk Rawat Anak
Jasad Wanita Sudah 10 Tahun Terkubur Hanyut Ketika Banjir, Masih Elok
Pm Najib Dapat Kucing Baru
Pelajar Tingkatan 2 Kini Mati Otak Lepas Dituduh Cikgu Curi Telefon



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 69
Baru Tingkatan 2 Sudah Ada Bisnes Tudung Jenama Sendiri
sukawg
115161
Forum Jump: