Bas Terbabas Jatuh Gunung Di Peru, 44 Disahkan Maut

Offline
02-22-2018, 08:00 AM,
#1
resim
resim
resim
resim
resim
resim
Tempat kejadian bas yang menjunam ke jurang ke kawasan pergunungan di Arequipa, Peru. - Foto REUTERS

LIMA: Sekurang-kurangnya 44 penumpang maut, selepas bas dua tingkat yang dinaiki terbabas lalu menjunam ke kawasan pergunungan di selatan Peru, semalam.

Bas terbabit dilaporkan terjunam kira-kira 80 meter di kawasan cerun bergerigi dari Lebuh Raya Pan-Amerika, iaitu lebuh raya utama di Peru, yang terletak di selatan wilayah Arequipa.

"Ketua Polis Arequipa, Jeneral Walter Ortiz mengesahkan 44 mangsa terbunuh," kata Kementerian Dalam Negeri dalam mesej di akaun Twitternya.

Terdahulu, Ortiz dilaporkan berkata, 45 penumpang menaiki bas berkenaan tetapi Kementerian Dalam Negeri mendakwa jumlah itu tidak sepadan dengan jumlah mangsa yang maut atau cedera.

Bagaimanapun, perkhidmatan bas antara wilayah di Peru sering mengambil dan menurunkan penumpang sepanjang laluan dan ia dipercayai menyebabkan wujud percanggahan pada senarai penumpang asal.

Di sebalik kekeliruan itu, pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah mangsa yang cedera, dan sama ada pemandu adalah antara mangsa yang terkorban.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.30 pagi (waktu tempatan).

Bas yang dikendalikan oleh Rey Latino itu dilaporkan berlepas dari bandar Chala menuju ke Arequipa kira-kira empat jam sebelum kejadian.

Semua mangsa yang cedera dibawa di hospital di Camana, iaitu kira-kira 57 kilometer dari lokasi kemalangan berhampiran bandar Ocona.

Sementara itu, Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa menerusi akaun Twitter miliknya.

"Semua prosedur sudah diaktifkan bagi memberi sokongan segera kepada usaha menyelamat dan memindahkan mangsa ke pusat kesihatan berhampiran," katanya.

Insiden ini adalah yang kedua terburuk berlaku di Peru, selepas kemalangan pada 2 Januari lalu mengorbankan 52 penumpang bas. - AFP/BHarian

Possibly Related Threads...
Pekerja Kimpalan Maut Direnjat Elektrik Ketika Pasang Atap Aluminium
Pelumba Cub Prix Pasukan Yy Pang Maut Kemalangan
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
3 Sekeluarga Maut Alza Bertembung Triton Di Machang
Nahas Tukar Tayar Myvi, 2 Beranak Maut Dirempuh Lori
Myvi Terbabas, Pasangan Warga Emas Maut Di Kulim
Lamborghini Terbabas Rempuh 8 Kenderaan Di Ipoh
Pelajar Maut Motosikal Ditunggang Bertembung Myvi
2 Maut Myvi Rempuh Plaza Tol Batu Tiga Yang Dimansuhkan
13 Maut Helikopter Jatuh Terhempas Atas Van Di Mexico



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 92
Bas Terbabas Jatuh Gunung Di Peru, 44 Disahkan Maut
sukawg
116086
Forum Jump: