Batu Nisan Terapung?

Offline
07-04-2011, 10:24 AM,
#1
Saya tidak akan membuat tanggapan atau telahan di setiap tampalan berhubung kajian paranormal telah atau akan dijalankan. Itu janji saya kepada semua pembaca setia blog ini.

Maksudnya, jika saya tidak nampak kelibat entiti paranormal maka saya katakan tidak. Jika sebaliknya, saya katakan ya sekaligus fakta kongsikan bersama semua pembaca.

Barangkali, majoriti pengunjung blog ini telah membaca tampalan Laungan panjang dan sayu di Highland Towers, saya catatkan semalam.

Petang sebelum tinjauan di Highland Towers dilaksanakan, kru 666 sempat singgah di rumah banglo tinggal terletak kurang 200 meter dari tapak runtuhan Blok A, kawasan 48 mangsa maut ditemui pada tahun 1993.


resim

resim

Melalui pengamatan saya, struktur rumah terbabit masih kukuh dan boleh diduduki cuma bahagian dalamnya telah dicemari pelbagai graffiti, barangkali perbuatan remaja nakal,
resim

resim

resim

resim

Jika diperhatikan gambar di bawah ini, ternyata mereka bukan sahaja nakal tetapi terbabit merosakkan harta milik peribadi.
resim


Selain daripada remaja, penagih dadah juga mungkin pernah berada di banglo sama. Saya juga percaya ruang dan bilik di banglo terbabit juga pernah dijadikan sarang maksiat berdasarkan beberapa gambar saya rakamkan tetapi tidak dapat disiarkan di sini.

7 tahun lalu, ketika saya membuat rakaman berhubung Highland Towers, banglo itu masih dihuni. Kini rumah dua tingkat itu mula usang berikutan tidak dijaga.

resim

resim

resim

resim


Saya percaya, setiap orang lalu di kawasan sama akan bertanyakan soalan sama. Mengapa banglo itu ditinggalkan?

Hemat saya, andai 2 kondominium Highland Tower itu tumbang sekalipun, banglo terbabit masih berada dalam jarak selamat.

"Mei tahun lalu, masa kami buat tinjauan berhubung penagih dadah, kawan wartawan kita rakam gambar objek macam batu nisan terapung-apung di luar tingkap sedangkan masa itu kami berada di tingkat dua," kata blogger, ondscene 2 hari lalu.

Baca kisahnya di sini.


2 malam lalu, selesai menjalankan kajian di Highland Towers, Muhammad Zaki Muhammad dan Rahmat Mokhtar meninjau banglo sama pada jam 3.26 pagi.

resim

resim

resim


Di kawasan tangga, Zaki menggunakan alat pengesan bunyi, electronic voice phenomena kelihatan terpaku. Saya kemudian menghampirinya.

"Nah! Cuba abang dengar pula," bisiknya.

Saya kemudian memakai earphone dihulurkan Zaki.

resim


"Ya, ada macam bunyi tapak kaki dan objek digerakkan di atas," kata saya.

Pantas Zaki mendapatkan alat untuk merakamkan bunyi kami dengar. Malangnya sebaik kami kembali ke lokasi sama, bunyi itu tidak kedengaran lagi.

resim
Amat ganjil di Taman Hillview, Hulu Klang, kawasan hartanah bernilai tinggi, banglo sebegitu dibiarkan usang.


mazidul akmar sidik


Possibly Related Threads...
Ada Batu Sebesar Telur Burung Unta Dalam Saluran Kencing
806 Batu Karang Dalam Buah Pinggang Kerana Suka Makan Daging Babi
Budak Jumpa Wang Rm467,000 Terapung Di Sungai, Jika Tiada Yang Tuntut Jadi Dia Punya
Seni Gravity Blue Seimbangkan Batu Tepi Sungai Yang Mengkagumkan 7 Gambar
Mayat Ditemui Terapung Di Tasik Titiwangsa,kl Awal Pagi Tadi.
Bunuh Diri Di Wisma Villa Penggaram, Jalan Lim Yew Leong Batu Pahat.
Seorang Mayat Lelaki Telah Dijumpai Terapung Di Tepi Laut Dan Di Bawa Naik Oleh Nel
Jose Salvador Albarengo Ditemui Terdampar Setahun Terapung Di Lautan
Batu Nisan Bernyawa(?)
“saya Baling Batu Sebab ‘hot’.
Offline
07-04-2011, 11:52 AM,
#2
Walaupun sy x bnyk ilmu, tp mayb sy leh share ckit. ingatlah bahawasanya makhluk2 halus ni mmg wujud...andainya kita katakan ia adalah roh2 yg x tenang, wallahualam...tp melalui apa yg sy pernah belajar, kelibat2,roh2 atau apa sahaja yg menghantui kawasan itu sbnrnya adalah permainan jin. Kerana bangsa Jin ini inginkan manusia percaya kononnya roh ahli keluarga kita masih terkurung di dunia nyata, maka Jin ini akan menyerupai roh2 itu...Ia digolong dalam Jin Al- Arwah..

wujud juga jin yg suka meniru atau membuat bunyi seakan2 ade org berjalan, atau menukang, atau mengalihkan barang2, maka jin ini di panggil Al A'Mir, bangsa jin yg suka menakut2 kan manusia.

N then ,wujud jgak jenis jin yg digelar Ifrit...dan seterusnya ada satu lg golongan yg
sgt popular, kita panggil Syaitan. Syaitan ni adalah penggoda kita melakukan perkara2 yg jahat....yg boeh merosakkn akidah, dan sbgainye..Tapi, jgn la pulak nk salahkan Syaitan bila kita ni dok bergelumang dgn maksiat, sbb nafsu ke arah maksiat dtgnye dr cara kita sndri mengawal nafsu..bukan dr syaitan kot:p

itu jela sy nak share ckit, mayb ade yg sy tersala, sy mohon maaf sbb bende mcm ni x leh dibuat main2....salamWink
Offline
04-01-2012, 04:36 PM,
#3
takut hantu adalalah syirik
kekasih ku di bawa lari mat bangla.. gelak
Offline
04-01-2012, 05:37 PM,
#4
(04-01-2012, 04:36 PM)Gogo Wrote: takut hantu adalalah syirik

takut kat mat bangla la pasni gelakgelak

mana nisan terapung???????????
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 3 <<>> Dilihat: 3796
Batu Nisan Terapung?
Geesya
5688
Forum Jump: