Bayi Dilahirkan Dengan Lubang Hidung Terletak Atas Dahi

Offline
10-02-2015, 07:19 AM,
#1
resim
KEADAAN Angelito yang dilahirkan dengan dua lubang hidung yang terkeluar dari mukanya.

Chimbote (Peru): Seorang bayi lelaki yang mempunyai kecacatan genetik dilahirkan dengan dua lubang hidung yang terkeluar dari mukanya.

Selain kecacatan pada hidung, bayi yang dinamakan Baby Angelito itu dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang lain.

Doktor pakar kanak-kanak, Jose Castillo berkata, bayi itu mengalami satu kecacatan genetik yang sangat jarang berlaku.

“Keadaan seperti ini hanya berlaku sekali dalam setiap 10 juta hingga 15 juta kelahiran.

“Bayi ini berada dalam keadaan sihat. Jantung dan sistem pernafasannya juga normal,” katanya.

Menurutnya, bayi itu kini dipindahkan ke hospital di Nuevo Chimbote untuk menjalani pemeriksaan.

Seorang lagi pakar kanak-kanak, Carlos Arrestegui Ramos memberitahu, bayi itu memerlukan pembedahan plastik untuk membetulkan hidungnya.

“Pemerhatian awal mendapati bayi ini sihat seperti bayi normal yang lain, tetapi kami perlu melakukan beberapa ujian untuk menentukan kesihatannya.

“Pembedahan plastik boleh membentuk semula hidung bayi ini,” jelasnya.

Datuk Bandar Nuevo Chimbote, Valentin Fernandez turut melawat bayi itu di hospital dan menghadiahkan lampin, susu dan wang kepada ibu bapanya. - Agensi/Metro

Possibly Related Threads...
Cikgu Didakwa Kerana Tarik Hidung Murid
Budak 10 Tahun Yang Dirogol Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Pasaraya Penipu, Cadar Rm289 Dengan Diskaun 70% Sebenarnya Cuma Rm58
Bayi Luar Biasa Dengan Otak Di Luar Kepala
Restoran Nasi Kandar Buat Roti Canai Atas Penutup Tangki Kumbahan
Nombor Plat Rr6 Milik Ydp Agong Dengan Bidaan Rm459,800
Bayi Lahir 2017 Dijangka Boleh Hidup Selama 74.8 Tahun
Lelaki Dilahirkan Dengan Kaki Terangkat Ke Atas
Cukai Pelancongan Tidak Dikenakan Ke Atas Rakyat Malaysia
Unik Pokok Kelapa Dengan Banyak Cabang Di Indonesia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 421
Bayi Dilahirkan Dengan Lubang Hidung Terletak Atas Dahi
sukawg
98653
Forum Jump: