Bayi Maut Terjatuh Dari Katil Ketika Tidur Di Jempol

Online
11-22-2017, 08:58 PM,
#1
resim
MUHAMMAD Fawwas Hawwari, 8 bulan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari katil. - Foto Abnor Hamizam

resim
Ibu mangsa, Nor Farahwahida Mohd Nasir, 36 (tengah) ketika menunggu jenazah anaknya di Hospital Jempol. (Gambar kecil) Muhammad Fawwas. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

JEMPOL: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia selepas terjatuh daripada katil di rumah ibu saudaranya di Kampung Baru Rompin di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata Muhammad Fawwas Hawwari Nasir, terjatuh ketika tidur pada jam 9.30 malam dan disahkan meninggal dunia jam 10 pagi tadi.

Ibu saudaranya yang menjaga mangsa menyedari kejadian itu lalu mengangkat semula mangsa ke atas katil berkenaan.

"Difahamkan, selepas terjatuh bayi itu menangis sebentar sebelum diam menyebabkan dia disangka tertidur semula.

"Bagaimanapun, pagi tadi dia dibawa ke Klinik Kesihatan Bahau apabila ibu saudaranya menyedari perubahan pada warna badannya dan dia dihantar ke Hospital Jempol sebelum disahkan meninggal dunia jam 10 pagi tadi," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, bapanya, Nasir Nain, 39, berkata dia dan isteri reda dengan ketentuan Allah yang mengambil nyawa anak bongsu daripada empat beradik itu.

"Anak saya memang dijaga oleh adik ipar sejak dilahirkan kerana saya dan isteri bekerja di tempat lain. Tiada siapa harus dipersalahkan dalam kejadian ini," katanya. - BHarian

Possibly Related Threads...
Pemuda Tumpang Tidur Rumah Rakan Ditemui Rentung
Wanita Mengandung Maut Dihempap Rak Kasut Di Shah Alam
Wanita Dari Perak Hina Nabi Muhammad Dipenjara 6 Bulan, Denda Rm15,000
Remaja Main Bola Sepak Maut Lepas Tersentuh Tiang Elektrik
Ibu Tunggal Rugi Rm5,000 Dipukau Wanita Dakwa Dari Pejabat Agama
Murid Cedera Tingkap Helikopter Tentera Amerika Tercabut, Terjatuh Dari Udara
Jual Bayi Sudah Banyak Berlaku, Bukan Perkara Baru
Budak Maut Tertembak Jadi Kes Bunuh, Sepupu Kata Abang Yang Tembak
Senapang Terjatuh, Budak Sedang Tonton Tv Maut Tertembak
5 Maut Pusat Jagaan Orang Tua Terbakar Di Kajang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 43
Bayi Maut Terjatuh Dari Katil Ketika Tidur Di Jempol
sukawg
113836
Forum Jump: