Bekas Model Ketagih Dadah Ditahan Dalam Keadaan Bogel

Offline
10-11-2017, 06:20 PM,
#1
resim
Bekas model yang ditahan AADK.

BACHOK 11 Okt. - Seorang bekas model dan pelakon sambilan ditahan dalam keadaan berbogel dipercayai di bawah pengaruh dadah di rumahnya di Kampung Gunong di sini, awal pagi tadi.

Ketika ditahan kira-kira pukul 1 pagi, wanita berusia 32 tahun itu berada seorang diri didalam rumah milik ibunya.

Wanita tersebut dikatakan tinggal seorang diri di rumah itu selepas ibunya tidak tahan dengan kerenahnya yang sering mengamuk meminta wang untuk membeli dadah manakala anaknya dijaga oleh bekas suaminya.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah, Rusdi Yusof berkata, wanita itu mengaku telah mengambil pil kuda sebelum dia ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh agensi tersebut.

“Wanita yang pernah bekerja sebagai model dan pelakon sambilan ini mengaku menagih dadah ketika berusia 18 tahun lagi.

“Ibu tunggal itu juga mengaku menagih syabu ketika bekerja sebagai model di Kuala Lumpur dan beralih kepada pil kuda kerana tidak mampu menampung perbelanjaan pembelian syabu yang semakin mahal di pasaran,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Model sambilan itu antara 30 individu yang ditahan dalam operasi khas di Kampung Gunung, Beris Kubur Besar dan Tawang, dekat sini bermula dari pukul 6 petang sehingga 8 pagi tadi.

Dalam operasi tersebut, AADK mengesan 20 penagih dadah positif pil kuda dan morfin selepas saringan ujian air kencing dijalankan. - Utusan

====


Aadk Daerah Bachok
3 hrs ·
 

Bachok Perangi Pil Kuda

Disediakan Oleh : Unit Media dan Dokumentasi AADK Daerah Aadk Bachok

Satu Operasi Cegah sempena perangi pil kuda telah diadakan di sekitar Kg Tawang, Kg Kandis, Kg Beris Kubur Besar dan Kg Padang Bual
Operasi ini dilaksana hasil daripada risikan dan maklumat orang awam.. Operasi diketuai oleh Encik Rusdi bin Yusof Ketua Pegawai AADK Daerah Bachok..

Seramai 30 orang telah ditahan dan 20 daripadanya adalah posotif DADAH jenis PIL KUDA @ METHAMPHETAMINE & MORFIN

Seorang wanita turut ditahan.Hasil ujian saringan air kencing, wanita tersebut positif DADAH jenis PIL KUDA..

Dalam masa yang sama, seorang lelaki yang di percayai "tokan dadah" turut ditahan bersama dadah.. Kes diserahkan kepada PDRM ( Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik) IPD Bachok untuk tindakan selanjutnya..

Ke semua suspek berusia dalam lingkungan umur 16 hingga 46 tahun.

Kes ini di tahan di bawah Seksyen 3(1) APD 1983.

Kami menggesa orang awam supaya terus menyalurkan maklumat mengenai penyalahgunaan DADAH kepada pihak kami & PDRM

Possibly Related Threads...
Padah Julur Kepala, Wanita Bogel Maut Berlanggar Papan Tanda
Gadis Tingkatan 1 Diperkosa Rakan Wechat Dalam Semak
Ibu Ditahan Paksa Anak Melacur Sebelum Diratah Lelaki 3 Kali
Lelaki Dipenjara 16 Tahun Perkosa Pekerja Ibu Dalam Bilik Air 2 Kali
Jurulatih Renang Kebangsaan Ditahan Perkosa Atlet
Cikgu Ditahan Cabul 2 Murid Dalam Pejabat, Stor Sekolah
Bekas Imam Didakwa Cabul 3 Anak Jiran
Petani Muda Didakwa Perkosa Kekasih Sendiri 10 Kali Dalam Sebulan
Selepas 2 Tahun, Bekas Datin Didakwa Kerana Berkhalwat Dalam Kereta
Cikgu Ditahan Lakukan Hubungan Seks Dengan 4 Pelajar Lelaki



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 51
Bekas Model Ketagih Dadah Ditahan Dalam Keadaan Bogel
sukawg
113249
Forum Jump: