Berang Kahwin Lain, Lelaki Tikam Mati Jandanya, Bakar Rumah Hingga Hangus

Offline
02-13-2018, 09:49 PM,
#1
resim
Seorang lelaki membakar rumah bekas ibu mentuanya di Bogor, Indonesia, selepas membunuh bekas isteri dan bekas mentuanya, semalam. - Foto Tribun News

CEMBURU kerana bekas isteri berkahwin lain, seorang lelaki di Bogor, Indoensia, menikam hingga mati wanita itu serta bekas ibu mentuanya sebelum membakar rumah mereka, semalam.

Lelaki itu datang ke rumah bekas mentuanya yang berusia 48 tahun dan mendapati bekas isterinya yang berusia 21 tahun turut berada di situ bersama suami barunya yang berusia 42 tahun.

Menurut laporan Tribun News, gagal menahan cemburu, dia menikam pasangan suami isteri itu serta bekas ibu mentuanya.

Dua wanita berkenaan maut manakala si suami yang cedera parah sempat melarikan diri bersama adik lelakinya yang berusia 13 tahun.

Lelaki itu kemudian membakar rumah berkenaan menyebabkan bekas isteri serta mentuanya hangus.

Ketua Polis Bogor, Andi M Dicky berkata, siasatan mendapati lelaki itu cemburu apabila mengetahui bekas isterinya sudah berkahwin lain dua minggu lalu.

“Lelaki itu kemudian didapati mati tergantung, dipercayai membunuh dirinya di sebuah bangsal tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
6 Sekeluarga Dikunci Dari Luar Sebelum Rumah Dibakar Ahlong Di Kajang
Anak Disambar Api Gara-gara Ibu Guna Petrol Mahu Bakar Ikan
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
Lelaki Ditahan Gara-gara Baling Surat Saman Ke Arah Polis
Pelajar Sekolah Ditemui Mati Dalam Longkang Di Kulim
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang
Lelaki Tetap Selamba Biarpun Pisau Terpacak Di Belakang Badan
Berang Cinta Dirampas, Remaja Belasah Bekas Kekasih Serta Pasangan Barunya
Idam Sepupu, Pemuda Tikam Pakcik Sendiri Kerana Tolak Pinangan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 47
Berang Kahwin Lain, Lelaki Tikam Mati Jandanya, Bakar Rumah Hingga Hangus
sukawg
115878
Forum Jump: