Berang Tabung Masjid Kosong, Lelaki Selerakkan Al-quran

Offline
10-03-2015, 07:16 AM,
#1
resim
AL-QURAN dan bahan bacaan diselerakkan suspek.

Maran: Berang tabung yang diumpilnya tidak mempunyai wang, seorang pencuri tergamak menyelerakkan al-Quran dan bahan bacaan di Masjid An-Nur, Felda Jengka 12, di sini, kelmarin.

Kejadian disedari ahli jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan jam 5 pagi ketika hadir menunaikan solat Subuh sebelum terkejut melihat keadaan dalam masjid bersepah.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, suspek yang berusia 40 tahun pada mulanya masuk ke dalam masjid untuk mencuri duit tabung.

“Suspek masuk menerusi pintu tidak berkunci dan cuba mengumpil tabung masjid, namun berang apabila tabung di ruang solat tidak berisi.

“Suspek bertindak menyelerakkan barangan dalam masjid termasuk al-Quran, sejadah dan telekung, malah beberapa barangan di dalam masjid turut dirosakkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

resim
resim
resim

Possibly Related Threads...
Putus Cinta Dengan Teman Lelaki, Wanita Cantik Cuba Bunuh Diri
Tembak Polis Bukit Aman: Saksi Direman Seminggu, 2 Lelaki Diburu
Lelaki Mati Ditikam Ketika Makan Kfc Di Rantau Panjang
Gadis Ditetak Teman Lelaki Lepas Cemburu Ada Lelaki Lain
Disimbah Asid Kerana Mahu Kahwin Lagi, Lelaki Tak Dendam Jandanya
Lelaki Tua Terperangkap Dalam Lif Selama Sebulan
Lelaki Selamat Biarpun Badan Ditembusi Besi Penghadang Jalanraya
Lelaki Tua Ditemui Mati Lemas Dalam Perigi Di Rumahnya
Kakak Ipar Lim Guan Eng Disamun 2 Lelaki
Lelaki Dipenjara 9 Tahun Rompak Bakal Kakak Ipar



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 302
Berang Tabung Masjid Kosong, Lelaki Selerakkan Al-quran
sukawg
98682
Forum Jump: