Beraya Dengan Sampin Songket Rm30,000

Offline
06-19-2017, 01:57 AM,
#1
resim
Zamzam menunjukkan kain songket asli Terengganu berharga RM20,000 yang dijual di kedai Bak Tailor di Wisma Yakin, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Jika golongan wanita sanggup berhabis wang untuk koleksi tudung eksklusif berharga sehingga RM21,600 sehelai, kaum lelaki juga tidak ketinggalan dalam berbelanja untuk aksesori pakaian terutamanya pada musim perayaan.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini mendapati samping yang berharga ribuan ringgit tidak kurang mendapat sambutan daripada pembeli.

Menurut pereka fesyen Bak Tailor, Zamzam Mohd. Salim, 51, samping daripada kain songket berharga RM30,000 pernah dijual di kedainya tahun lalu kepada dua ahli perniagaan dari Sabah dan Sarawak.

“Kebanyakan mereka yang membeli samping songket Terengganu ini terdiri daripada golongan kerabat diraja, menteri dan ahli perniagaan.

“Tahun ini samping paling mahal yang telah dijual ialah songket Terengganu berharga RM15,000 kepada seorang individu dari Brunei.

“Songket yang mahal biasanya dibuat atas tempahan,” katanya ketika ditemui di kedainya di sini semalam. - Kosmo


====

http://www.baktailor.com/

resim
resim
resim
resim

Possibly Related Threads...
Budak Dapat Ibu Jari Baru, Ganti Dengan Jari Telunjuk
Wanita Lahirkan Bayi Dengan Kaki Ikan Duyung
Lelaki Raih Rm67 Juta Setahun Hanya Dengan Bermain Game Di Youtube
Samakan Pertumpahan Darah Dengan Darah Haid, Ratu Cantik Bakal Dipenjara
Musang King Cuma Rm30 Sekilo Di Sentul
Wakil Rakyat Cadang Pelaku Sumbang Mahram Dicucuk Dengan Besi Panas
Budak Dilahirkan Dengan Kaki Terbalik Ke Belakang
Di India, Kerana Tak Puas Hati Dengan Filem, Mahu Bakar Pelakon
Mandi Kereta Dengan Air Yasin Elak Kena Curi, Kemalangan Perbuatan Khurafat
Jaga-jaga, Aes Dengan Teknologi Baru Kesan Pemandu Guna Telefon Bimbit



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 158
Beraya Dengan Sampin Songket Rm30,000
sukawg
110959
Forum Jump: