Beraya Dengan Sampin Songket Rm30,000

Offline
06-19-2017, 01:57 AM,
#1
resim
Zamzam menunjukkan kain songket asli Terengganu berharga RM20,000 yang dijual di kedai Bak Tailor di Wisma Yakin, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Jika golongan wanita sanggup berhabis wang untuk koleksi tudung eksklusif berharga sehingga RM21,600 sehelai, kaum lelaki juga tidak ketinggalan dalam berbelanja untuk aksesori pakaian terutamanya pada musim perayaan.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini mendapati samping yang berharga ribuan ringgit tidak kurang mendapat sambutan daripada pembeli.

Menurut pereka fesyen Bak Tailor, Zamzam Mohd. Salim, 51, samping daripada kain songket berharga RM30,000 pernah dijual di kedainya tahun lalu kepada dua ahli perniagaan dari Sabah dan Sarawak.

“Kebanyakan mereka yang membeli samping songket Terengganu ini terdiri daripada golongan kerabat diraja, menteri dan ahli perniagaan.

“Tahun ini samping paling mahal yang telah dijual ialah songket Terengganu berharga RM15,000 kepada seorang individu dari Brunei.

“Songket yang mahal biasanya dibuat atas tempahan,” katanya ketika ditemui di kedainya di sini semalam. - Kosmo


====

http://www.baktailor.com/

resim
resim
resim
resim

Possibly Related Threads...
Tersilap Tukar Rm3,920 Dengan Usd11
Jururawat Disiasat Lepas Selfie Dengan Pesakit Sedang Nazak
Mohon Pinjaman Serentak, Dengan Gaji Rm3,000 Mampu Miliki 8 Kereta
Pemilik Restoran Viral Bil Rm17,017 Didenda Rm30,000 Kerana Invois Palsu
Dulu Kahwin Tiada Cincin, Kini Suami Gantikan Dengan Sebuah Kapal
Gadis Cantik Dari Terengganu Jatuh Cinta Dengan Sepana
Spekulasi China Diambang Perang Dengan Taiwan
Penyokong Di Stadium Naikkan Gambar Samakan Raja Salman Dengan Trump
Satu Keluarga Mahu Dibekukan Bila Mati Dengan Harapan Dihidupkan Semula
Cinta Pandang Pertama, Wanita Umum Bertunang Dengan Lampu Candelier



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 189
Beraya Dengan Sampin Songket Rm30,000
sukawg
110959
Forum Jump: