Berhabis Rm80,000 Kumpul Koleksi Kasut Rare Jenama Aliph

Offline
09-09-2017, 07:50 AM,
#1
resim 

MOHAMAD Amer (kiri) dan Mohamad Mirza Zikri menunjukkan koleksi barangan jenama Aliph.

resim
POSTER iklan kasut jenama Aliph dengan Search sebagai dutanya.

resim
PELBAGAI kasut jenama Aliph yang dikumpulkan.

Bagan Serai: Minat terhadap jenama buatan tempatan, Aliph yang pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia era 1980-an membuatkan dua sahabat sanggup berhabis lebih RM80,000 bagi mengumpul barangan jenama itu.

Mohamad Amer Ishak, 25, dan Mohamad Mirza Zikri Husin, 27, sanggup menjelajah ke seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura bagi memenuhi koleksi unik mereka.

Menariknya, kasut sukan ini turut menjadi pilihan beberapa band rock popular tanah air suatu masa dulu antaranya Search, Lefthanded, SYJ, malah kumpulan Search pernah dilantik sebagai duta jenama produk itu sehingga mendapat sambutan menggalakkan.

Difahamkan, jenama Aliph hanya mampu bertahan sehingga awal 1990-an sebelum menghentikan produksinya.

Mohamad Amer dari Tapah berkata, kasut Aliph yang dikumpulnya mempunyai nama dan jenis tersendiri seperti Marathon, International, Gold Smith Troopers dan sebagainya.

Katanya, antara yang paling mahal dan digilai peminat jenama ini adalah Aliph Wings iaitu kasut yang direka khas dengan nama Wings tertera pada bahagian sisi di mana kini ia mencecah lebih RM3,000 sepasang.

“Selain Aliph Wings, Gold Smith dan Troopers turut sukar ditemui jadi tidak hairanlah ada yang menawarkan kasut jenis ini dengan harga yang tidak munasabah, namun sebagai peminat tegar jenama ini harga bukanlah ukuran sebaliknya kepuasan mendapatkan sesuatu yang belum dimiliki.

“Jika dulu harganya bermula antara RM20 hingga RM70 saja namun kini harganya melambung tinggi berikutan ia tidak ditemui lagi di pasaran.

“Sehingga kini, saya memiliki lebih 30 kasut Aliph berlainan jenis dan juga barangan lain jenama itu dengan kos mencecah lebih RM30,000 sudah dibelanjakan,” katanya.

Menurutnya lagi koleksi peribadinya itu bukanlah untuk dijual sebaliknya disimpan sebagai sejarah tersendiri.

“Jika ada lebih daripada sepasang jenis kasut yang sama saya tidak akan menjualnya sebaliknya lebih selesa bertukar-tukar kasut dengan rakan lain yang turut mempunyai jenama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Mirza Zikri Husin, 27, berkata, jenama Aliph adalah lambang zaman kegemilangan Rock Kapak yang perlu dikekalkan dan dipelihara sebagai sejarah tersendiri.

Katanya, bermula 2009 dia sudah memiliki lebih 50 kasut jenama ini termasuk sepasang Aliph Search lengkap dengan tandatangan lima ahli kumpulan itu termasuk Amy.

“Kasut ini ada sejarah tersendiri dan percaya atau tidak ramai ahli kumpulan rock terdahulu sebak melihat koleksi kasut ini masih dijaga rapi pengumpul seperti kami.

“Sepanjang menjadi pengumpul tegar jenama ini Aliph Search mendapat tempat di hati peminat tegar dan saya pernah menjualnya kepada seorang peminat dari Johor dengan harga RM3,000.

“Sehingga kini hampir RM50,000 saya belanjakan khas untuk memiliki kasut lagenda jenama tempatan yang pernah dipopularkan kumpulan rock tanah air satu ketika dahulu,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakannya itu kini bergabung dalam usaha untuk membuka mini galeri di satu kawasan yang belum diputuskan bagi mengabdikan jenama itu untuk paparan umum agar ia tidak ditelan zaman. - Metro

Possibly Related Threads...
Sanggup Belanja Rm1,000 Demi Hobi Kumpul Sampul Duit Raya
Pemburu Halimunan Disebalik Pokok 14 Gambar Rare
Rare Senjata Buatan Sendiri (37 Gambar)
Cool : Koleksi Kek Hari Jadi Yang Sangat Cool Dan Menarik
Koleksi Filem Poster Seram Indonesia Yang Badass
Serius : Pembuatan Kasut Mewah Wanita Di India Akan Mengejutkan Anda
rare gambar ikan lompat masuk dalam mulut buaya



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 117
Berhabis Rm80,000 Kumpul Koleksi Kasut Rare Jenama Aliph
sukawg
112413
Forum Jump: