Berlian Terbesar Bakal Dilelong Rm104 Juta Di Geneva

Offline
11-15-2017, 07:19 AM,
#1
resim
Berlian "Art of de Grisogono," pada rantai zamrud semasa pratonton jualan lelongan Christie di Geneva, Switzerland pada 8 November lalu. - Foto REUTERS

resim
resim

GENEVA: Berlian terbesar pernah ditawarkan di pusat lelongan, dilelong di Geneva petang semalam, dengan bidaan dijangka mencecah AS$25 juta (RM104 juta).

Berlian sempurna 'sensasi' 163.41 karat, tergantung pada rantai leher zamrud dan berlian bergelar The Art of Grisogono, antara yang menjadi tumpuan pada lelongan barang kemas musim luruh pusat lelongan Christie's.

"Hingga kini, ia adalah berlian sempurna D terbesar pernah ada untuk jualan pada majlis lelongan," kata Christie's apabila ia mula mengumumkan permata itu menjadi sebahagian penjualan tahunan Magnificent Jewels.

Christie's berkata, ia menjangkakan 'penghasilan mutu kerja yang indah itu' mencecah kira-kira AS$25 juta, dengan pakar lain berkata ia mungkin mencapai jumlah dua kali ganda.

Berlian sempurna jenis 11A itu dipotong daripada batu kasar 404 karat yang ditemui Februari 2016 di lombong Lulo di Angola, berlian putih ke-17 paling besar pernah ditemui.

Batu kasar itu dianalisis di Antwerp dan dipotong di New York, menyaksikan sepasukan 10 pakar pemotong berlian terbabit dalam pemetaan, merancang, mengekalkan, pemotongan dengan laser dan menggilap batu besar itu menjadi berlian digilap sempurna.

Sepasukan pakar barang kemas mewah Switzerland, de

Grisogono, kemudian menghasilkan 50 rekaan berbeza untuk berlian 163.41 karat itu, sebelum memilih rantai leher dengan permata itu sebagai pusatnya.

"Ia mengambil masa 1,700 jam untuk menghasilkan barang kemas unik ini dan membabitkan sepasukan 14 tukang," kata Christie's. - AFP/BHarian

Possibly Related Threads...
Jepun Hasilkan Kereta Elektrik Terpantas Berharga Rm16 Juta
Sindir Makan Dalam, Gadis Beri Jambangan Rokok Buat Bakal Suami
Polis Terkejut Pengemis Boleh Jadi Jutawan, Temui Rm3 Juta Wang Tunai
Argentina Tawar Rm17 Juta Cari Kapal Selam Yang Meletup
Lelaki Thai Bunuh Diri Lepas Tiket Loteri Menang Rm5 Juta Hilang
Budak Jumpa Fosil Ikan Berusia 90 Juta Tahun
Pasangan Kekasih Bakal Berkahwin Lepas Terpisah 72 Tahun
Bos Paling Pemurah, Beri Bonus Rm99 Juta Tunai Kepada Pekerja
Lelaki Menipu Lumpuh Kaki Tangan Kaut Duit Kebajikan Rm2.8 Juta
Jaipk Kesan Rm7.8 Juta Duit Tabung Masjid Tak Digunakan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 116
Berlian Terbesar Bakal Dilelong Rm104 Juta Di Geneva
sukawg
113659
Forum Jump: