Bilal Didakwa Hari Ini Liwat Remaja Lelaki

Online
12-06-2017, 05:23 PM,
#1
resim
Tertuduh Muslin Mamat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini kerana meliwat remaja lelaki berusia 17 tahun pada 2014.

KUALA TERENGGANU - Seorang bilal didakwa meliwat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Tertuduh, Muslin Mamat, 49, dari Batu Rakit, Kuala Nerus bagaimanapun mengaku tidak salah dan mohon dibicarakan mengikut Seksyen 377 B Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat mangsa yang ketika kejadian berusia 17 tahun di sebuah rumah di Batu Rakit, Kuala Nerus, jam 11.30 malam pada 9 Ogos 2014.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali di hadapan Hakim Azman Mustapha manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 28Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh. - Sinar

Possibly Related Threads...
Lelaki Kelantan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri Dipenjara 18 Tahun
Raba Punggung Gadis Dalam Bas, Lelaki Ditampar Sebelum Ditahan
Gadis Mabuk Tak Sedar Diperkosa 2 Lelaki, Diugut Sebar Video
Pengarah Filem X-men Didakwa ' Tampar' Remaja Lelaki Dengan Alat Sulitnya
Tidur Bertiga Sebilik, Lelaki Perkosa Adik Ipar Tanpa Isteri Sedar
Gadis Diperkosa Dalam Pusat Urut, Bos Sendiri Didakwa
Duda Didakwa Perkosa Kekasih Sendiri Hingga Mengandung 5 Bulan
Remaja Lelaki Mengaku Cabul Lebih 50 Budak Lelaki
Liwat Cabul Pelajar Tahfiz, Bekas Warden Dipenjara 20 Tahun
Perkosa Dalam Semak Beramai-ramai Di Sentul, 4 Remaja Dipenjara 5 Hingga 10 Tahun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 134
Bilal Didakwa Hari Ini Liwat Remaja Lelaki
sukawg
114131
Forum Jump: