Billboard Terbalik Di Lebuhraya Jadi Viral

Offline
11-13-2017, 11:22 PM,
#1
resim
Sebuah papan iklan yang dipasangkan terbalik di lebuh raya sehingga menimbulkan tanda tanya. Foto Facebook Syukor Majid

resim
Antara komen netizen berhubung papan iklan terbalik yang tular di media sosial.

PETALING JAYA: Pengguna lebuh raya di sekitar Lembah Klang baru-baru ini dikejutkan dengan papan iklan sebuah produk sehingga menimbulkan tanda tanya.

Papan iklan yang memaparkan seorang lelaki berbaju Melayu dan bersongkok sambil memegang produk berkenaan telah dipasang dalam keadaan terbalik.

Pada mulanya ramai yang menyangka ia adalah kesilapan pada pemasangan iklan berkenaan, tetapi iklan terbalik itu turut dilihat di beberapa lebuh raya lain di Lembah Klang.

Rata-rata netizen berpendapat pendekatan yang pelik itu menyebabkan ramai bertindak berkongsi gambar papan iklan itu di laman sosial sehingga menjadi tular pada Isnin.

Difahamkan papan iklan tersebut mempromosikan produk minuman tambahan untuk penjagaan dan kecantikan kulit supaya lebih cerah.

“Pemasaran menjadi. Mahal-mahal sewa papan iklan, orang tak tengok. Bila buat macam ni, orang siap ambil gambar,” kata seorang netizen.

“Geliga ni. Dari 100 kereta yang lalu, 90 peratus mesti tengok iklan terbalik dia. Sebab apa? Sebab pelik kenapa terbalik. Lepas tu ambil gambar kat media sosial. Lepas tu mesti ada yang ‘google’ (carian) iklan terbalik,” kata seorang lagi netizen.

Namun ada yang melihat idea itu sekadar biasa dan tidak menarik dengan hanya menterbalikkan gambar berkenaan.

“Strategi pemasaran? Biasa saja. Hanya terbalikkan gambar tu. Pemandu leka teleng kepala. Nanti terbalik pula kereta tu sekali...,” kata seorang netizen. 

“Bayar iklan mahal-mahal, tapi pasang terbalik. Macamlah pemandu boleh pusingkan kepala sambil memandu,” kata seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, ia turut dijadikan bahan gurauan dengan menggambarkan bahawa pemandu terpaksa menelengkan kepala semata-mata untuk melihat paparan imej pada papan iklan itu dengan lebih jelas.

Bagaimanapun, ada juga mempersoalkan kewajaran papan iklan itu sengaja dibiarkan terbalik yang boleh menyebabkan kemalangan.

“Boleh kemalangan macam ni punya iklan,” kata seorang netizen. - MStar


resim
resim
resim
resim
resim
resim
resim

Possibly Related Threads...
Lelaki Jadi Kacak Lepas Pembedahan, Hingga Ibu Tak Kenal Anak Sendiri
Baju Raya Hello Kitty Yang Jadi Viral Dijual Rm50,000
Pelajar Sekolah Sambut Hari Jadi Bersama 103 Biji Kek
Saintis Edit Dna Sendiri Untuk Jadi Lebih Kuat
Gara-gara Viral Foto Tersenyum Di Lokasi Kemalangan, Wartawan Kena Pecat
Gadis Jual Nasi Ayam Bakar Jadi Viral, Tapi Tunangan Orang
Nelayan Indonesia Jadi Jutawan Jual Muntah Paus
Malang Pencuri Tertinggal Iphone Dengan Pin Kod 0000, Jadi Bahan Di Facebook
Kucing Liar Jadi Suspek Kes Cubaan Bunuh Di Jepun
Rakaman Honda City Dipandu Lawan Arus Di Lebuhraya Npe



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 78
Billboard Terbalik Di Lebuhraya Jadi Viral
sukawg
113630
Forum Jump: