Bitcoin Terus Merudum Susut 20 Peratus

Offline
01-19-2018, 06:47 AM,
#1
resim
SEORANG lelaki melihat kadar harga mata wang kripto di Seoul, Korea Selatan pada Selasa lalu.

LONDON – Mata wang digital terkenal dunia, bitcoin menyaksikan penurunan 20 peratus kelmarin apabila harganya kini mencecah AS$10,000 (RM39,585), manakala mata wang kripto lain turut mengalami penurunan yang sama.

Fenomena nilai susut itu berlaku gara-gara pelabur berasa bimbang apabila pengawal selia mengetatkan kawalan terhadap usaha mengekang spekulasi selain kemungkinan penggunaan mata wang itu akan diharamkan tidak lama lagi.

Istilah bitcoin atau mata wang kripto yang terbesar dan paling terkenal di dunia itu turut mengalami penurunan sebanyak 30 peratus daripada harganya pada Selasa lalu.

Biarpun, kadar bitcoin agak stabil ketika akhir dagangan di Amerika Syarikat, namun ia merupakan sebahagian daripada rekod tertinggi apabila pernah mencatatkan hampir AS$20,000 (RM79,000).

Nilai pasaran itu ditetapkan dalam pasaran bursa mata wang digital, Bitstamp yang berpangkalan di Luxembourg sebulan lalu.

Mata wang digital lain yang menduduki tempat kedua dan ketiga, Ethereum dan Ripple turut jatuh selepas laporan Korea Selatan dan China menyifatkan bahawa pihaknya akan mengharamkan perdagangan mata wang kripto sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap tindakan pengawal selia.

“Keadaan itu mencetuskan panik dalam pasaran. Kebanyakan individu cuba menjual semula mata wang itu.

“Anda mempunyai peraturan yang tidak pasti sekali gus menyebabkan nilainya jatuh selain turut menyumbang penyusutan mata wang digital lain,” kata Pengasas Cryptocompare, Charles Hayter.

Beberapa penganalisis di Citi berkata bitcoin berpotensi berkurangan separuh nilai daripada harga asal di sebalik krisis itu dan menambah bahawa terdapat kemungkinan kejatuhan antara AS$5,605 (RM22,000) dan AS$5,673 RM22,500). – Reuters/Kosmo

Possibly Related Threads...
Kenyamanan Trading Bitcoin Di Justforex
Bitcoin Speculators Reduced Their Bearish Net Positions
Bitcoin Speculators Slightly Trimmed Their Bearish Bets This Week
Ceo Mt. Gox Didakwa Lesapkan 850,000 Bitcoin (rm8 Trilion)
Atm Bitcoin Pertama Di Malaysia Ada Di Ipoh
Free Mining Bitcoin Tanpa Modal Melalui Telegram
Indonesia Haramkan Penggunaan Bitcoin
Penggunaan Mata Wang Digital Bitcoin Meningkat Mendadak Di Malaysia
Trading Bitcoin Bersama Mitra Terbaik
Lawatan Ke Kilang Miner Bitcoin Pemegang 3 Peratus Bitcoin Dunia
Offline
01-29-2018, 12:18 AM,
#2
Harga bitcoin mata wang digital bersama-sama dengan kriptokumen utama bergerak lebih tinggi pada hari Ahad selepas salah satu pertukaran mata wang digital terbesar di Jepun berkata ia akan mengembalikan sebahagian besar aset bernilai $ 425 juta yang hilang dalam serangan penggodam.

Bitcoin didagangkan pada $ 11,886 oleh 06:32 AM ET (11:32 AM GMT) pada pertukaran Bitfinex. lihat lebih banyak dalam https://alpari.com/en/analytics/technical_analysis/trading_central/



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 83
Bitcoin Terus Merudum Susut 20 Peratus
sukawg
115229
Forum Jump: