Bom Ibu Bapa Angkat Di Gua Musang Pada 2015, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

Offline
01-18-2018, 09:35 PM,
#1
resim
CHA WOON FUI yang mengaku bersalah menyebabkan kematian ibu bapa angkatnya dengan bom buatan sendiri dibawa keluar daripada Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun hari ini. - UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 18 Jan. – Seorang penoreh getah dihukum penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian ke atas ibu bapa angkatnya di Kampung Pulai, Gua Musang, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Cha Woon Fui, 30, selepas didakwa menyebabkan kematian Cha Mook Liong, 75, dan isterinya, Fong Ah Fong, 75, di Kilometer 10, Jalan Gua Musang-Kampung Pulai, Gua Musang pada pukul 9.10 pagi, 7 Oktober 2015.

Woon Fui sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan pilihan itu dikemukakan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 7 Oktober 2015.

Utusan Malaysia tiga tahun lalu melaporkan sepasang suami isteri terbunuh apabila motosikal yang dinaiki tiba-tiba meletup dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri di Kampung Pulai, Gua Musang.

Tragedi pada pukul 9 pagi itu menyebabkan mayat mangsa, Mok Liong dan isterinya, Ah Fong, berkecai dan tercampak ke atas jalan raya serta kawasan semak berhampiran. - Utusan


resim
resim
resim
resim

Possibly Related Threads...
Marahkan Isteri Enggan Pulang, Lelaki Bakar Rumah Mertua Di Sabah
Inspektor Polis Makan Rasuah Rm25,000 Dipenjara 6 Tahun
Pengantin Lelaki Maut Hadiah Perkahwinan Yang Dibuka Meletup
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
Lelaki Ditahan Gara-gara Baling Surat Saman Ke Arah Polis
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang
Pasang Pendakap Gigi Haram, Gadis Dipenjara 2 Tahun & Denda Rm100,000
Lelaki Tetap Selamba Biarpun Pisau Terpacak Di Belakang Badan
Amah Mati Didera, Wanita Tua 60 Tahun Akan Didakwa Bunuh Esok
Lelaki Ditemui Mati Leher Ditetak, Punggung Disula Di Sarawak



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 38
Bom Ibu Bapa Angkat Di Gua Musang Pada 2015, Lelaki Dipenjara 20 Tahun
sukawg
115220
Forum Jump: