Bosan Menunggu, Penumpang Ryanair Buka Pintu, Duduk Atas Sayap

Offline
01-03-2018, 11:06 PM,
#1
resim
resim
resim

MADRID: Seorang penumpang pesawat Ryanair dari London ke Malaga di selatan Sepanyol, yang bosan menunggu di dalam kapal terbang sebaik tiba, bertindak keluar dan duduk di atas sayap.

"Kami menunggu kira-kira sejam setengah untuk keluar dari pesawat. Lelaki berkenaan dengan tenang berjalan ke arah pintu kecemasan, membukanya, kembali mendapatkan beg sandangnya dan keluar duduk di atas sayap," kata seorang penumpang, Fernando del Valle.

Del Valle merakamkan kejadian itu dan menyiarkannya di laman Facebook beliau.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berjalan di atas sayap pesawat, meletakkan begnya dan duduk bersebelahan beg itu.

"Juruterbang tergamam. Beliau bertanya siapa yang keluar berjalan di atas sayap," kata del Valle.

Lelaki yang usia dan identitinya tidak didedahkan itu segera ditahan, kata Ryanair dalam kenyataan. - AFP/BHarian

Possibly Related Threads...
Misteri Rumah 'hantu', 15 Tahun Beli Rumah Tapi Tak Pernah Duduk
12 Tahun Setia Menunggu, Anjing Akhirnya Mati Di Kubur Tuannya
Tertinggal Iphone Dalam Kereta, Penumpang Uber Kena Pau Rm300 Untuk Pulang Semula
Lubang Jahanam Atas Jalanraya Di Ibu Kota
Usus Terkeluar Dari Dubur Gara-gara Duduk Lama Di Tandas
Kerana Bosan, Kepala Budak Tersekat Tempat Duduk Tandas
Guru Besar Digantung Tugas Lepas Dera Murid Letak Tangan Atas Api
2 Beradik Ditemui Selamat Berpelukan Atas Pokok
Dewan Sekolah Tiada Rupa Rm600,000, Sprm Buka Siasatan
Feri Dengan 50 Penumpang Hilang Secara Misteri Di Fiji



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 66
Bosan Menunggu, Penumpang Ryanair Buka Pintu, Duduk Atas Sayap
sukawg
114894
Forum Jump: