Brazil Sekali Lagi Sekat Khidmat Whatsapp

Offline
07-20-2016, 07:48 AM,
#1
resim

RIO DE JANEIRO: Laman mesej popular telefon pintar, WhatsApp disekat oleh Mahkamah Brazil hari ini untuk kali ketiga dalam masa kurang setahun selepas gagal menyerahkan data pengguna kepada polis.

Presiden Mahkamah Agung Brazil, Ricardo Lewandowski, menerima rayuan Mahkamah Rendah yang sebelum itu mengarahkan penutupan khidmat laman mesej itu selama empat jam.

Ia adalah keputusan mahkamah kali keempat untuk menggantung khidmat aplikasi WhatsApp, yang dimiliki firma gergasi media sosial, Facebook sejak Februari 2015 dan kali ketiga dalam tempoh 12 bulan lalu.

Pertikaian berpanjangan dengan pihak berkuasa di Brazil itu bermula apabila mereka mahu akses kepada komunikasi suspek penjenayah dan ia bertentangan dengan dasar Facebook yang melindungi hak peribadi dan kebebasan berkomunikasi penggunanya.

Kali terakhir disekat pada Mei lalu apabila khidmat WhatsApps digantung selama sehari sebelum dibenarkan beroperasi semula selepas rayuan.

Penutupannya menimbulkan kemarahan pengguna terhadap aplikasi percuma ini. Ini kerana yuran penggunaan untuk data dan panggilan telefon pintar di Brazil adalah tinggi.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Rendah, Judge Daniela Barbosa mengarahkan syarikat telekomunikasi itu bertindak serta-merta memberhentikan perkhidmatan WhatsApp di seluruh Brazil.

Barbosa membidas Facebook sebagai tidak bertanggungjawab kerana menolak permintaan pihak berkuasa memberikan maklumat yang mungkin amat kritikal untuk menyiasat dan mencegah kegiatan jenayah.

Adalah tidak jelas kes jenayah yang terbabit namun Barbosa berkata, Facebook sudah tiga kali diminta memberikan paparan mesej kepada penyiasat polis di Duque de Caxias, di utara of Rio de Janeiro.

Dalam keputusan mahkamah setebal 19 muka surat itu memutuskan Facebook mesti mematuhinya atau didenda 50,000 reais (AS$15,265) sehari. - AFP/BH

Possibly Related Threads...
Malaysia Terunggul Di Dunia Guna Whatsapp
Whatsapp Adalah Nombor 1
1 Bilion Aktif Guna Whatsapp Setiap Hari
Skmm Nafi Viral Rakam, Rekod Panggilan Telefon, Whatsapp
Admin Group Whatsapp Boleh Dipenjara
Whatsapp Bakal Lancar Panggilan Video Dan Peti Suara?
Digantung 72 Jam, Whatsapp Kembali Di Brazil
Hakim Brazil Arah Servis Whatsapp Digantung
Whatsapp Perkenal Aturan Kod Berkunci, Hanya Boleh Diakses Penghantar, Penerima
Whatsapp Perkenal Ciri Bold, Italics, Strikethrough



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 374
Brazil Sekali Lagi Sekat Khidmat Whatsapp
sukawg
103868
Forum Jump: